Saturday 9 February 2013

komen terbaik di facebook

 Dibenarkan copy paste

1- Al-Quran ialah percakapan Allah, ia merupakan percakapan orang yang hebat. Hanya orang yang hebat memahami kalam orang yang hebat, tetapi mereka yang kurang ilmunya memandang Al-Quran sebagai tulisan biasa yang banyak mengandungi repitisi cerita yang serupa. Sedangkan setiap repitisi itu tidaklah menunjukkan kurangnya ilmu Allah, tetapi setiap repitisi itu mengandungi rahsia yang hanya difahami oleh orang yang selalu mentadabbur kitab-Nya. 

2-Akidah boleh berkurang dengan melakukan maksiat. Selepas melakukan maksiat, perasaan Allah Maha Agung itu semakin berkurang dalam diri, akhirnya jika terus dalam maksiat itu, perasaan itu hilang. Bila perasaan itu hilang, maka dunia menjadi matlamat. Apabila dunia menjadi matlamat, maka segala benda akan dilakukan demi dunia sehinggakan puasa dilakukan kerana dunia. Dan jika demikian maka tiada terlepaslah ia daripada sekian kekufuran. 

3- Orang sekarang ni bila mati mak ayah, disuruhnya baca yasin hantar kepada mereka. Sedangkan segala kebaikan yang kita buat, akan sampai kepada ibu bapa tak kira dimana. Walaupun beratus-ratus keturunan sekalipun, akan tetap sampai kepada ibu dan ayah

4- Ramai orang yang salah faham tentang makna sebenar zikir. Mereka ingatkan zikir ini hanyalah subhanallah, Alhamdulillah, Allhuakbar. Tidak, zikir ini meluas lagi maknanya. Termasuk dalam zikir ialah : belajar, memikir tentang kebesaran Allah, memikirkan halal haram sesuatu perkara, sembahyang, dan banyak lagi.

5- Hidup macam roda. Orang yang naik, dia kena bersiap sedia untuk turun. Orang yang jatuh, dia kena bersiap sedia untuk naik. Semua orang akan mengalaminya.

6- Iblis kena laknat sebab dia takabbur taknak sujud pada Adam. Tapi manusia tak sujud kepada Allah tentu lagi hebat kena laknat daripada Iblis. 

Pertolongan Allah datang kepada orang-orang yang selalu bertaqwa dan selalu berbuat kebajikan (Tafsir akhir ayat surah An-Nahl)

Ini pertolongan Allah, bukan pertolongan manusia. Kalau Allah tolong, siapa lagi dapat kalahkan kita?
 


7- Setiap sunnah ada rahmat dan kejayaan. Siapa yang mencari jalan selain jalan Nabi tidak akan mendapat pertolongan Allah

8- Iman dan ilmu itu macam pokok. Jika tidak dijaga akan layu dan mati. Tetapi sekiranya dijaga akan membuahkan iman-iman dan ilmu-ilmu yang baru. 

9- Sikap takabbur atau bangga diri ialah sikap yang paling susah untuk dibuang dalam diri. Kadang-kadang seseorang diuji dengan nikmat supaya ia bersyukur, tetapi jika ia takabbur, dan mengatakan bahawa segala pencapaiannya adalah berpunca daripada usaha, atau ilmu diri sendiri, maka ketika itulah bala itu datang agar dia tunduk kembali. Katakanlah "Alhamdulillah" dengan hati dan lisan anda bahawa segalanya berpunca daripada rahmat Allah. Tanpa rahmat dan perhatiannya, binasalah kita, kerana kita hidup hanyalah bersandar padanya. 

10- Dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi, disebut tentang cerita Nabi Musa mencari ilmu pengetahuan. Sehingga beliau berkata dia akan mencari Khadir ini sampai dapat walaupun terpaksa berjalan bertahun-tahun. Renungkanlah, seorang Nabi yang sudah penuh ilmu pengetahuan masih mahu belajar lagi, bagaimana pula dengan kita yang jahil ini? Orang mengajar sebelah rumah pun tak nak pergi, usahkan pergi luar negeri? 

11- Hidup macam perniagaan, modal sekiranya dihabis-gunakan pada sesuatu kurang manfaat, mudah saja perniagaan itu muflis. Zaman muda jangan disiakan, kerana inilah zaman 'emas'.

12-  Hisablah diri anda pada setiap hari, maka hisab anda di akhirat nanti menjadi mudah 

13-"Yakinlah wahai anakku, ilmu yg tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun kamu telah membaca ilmu itu 100 kali & kamu telah menghimpunkan 1000 buah kitab. Kamu belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dgn beramal." [Imam al-Ghazali] 

 14- Iblis kena laknat sebab dia takabbur taknak sujud pada Adam. Tapi manusia tak sujud kepada Allah tentu lagi hebat kena laknat daripada Iblis.

15- Antara tanda-tanda kiamat ialah terbitnya matahari dari barat. Terbitnya matahari ini dari barat, apabila sudah tengah hari dan matahari itu tegak di atas kepala, ia akan turun dan terbenam ke sebelah barat semula. Tidaklah bermaksud bila terbit dari barat dan terbenam ke sebelah timur 

16-Istighfar tidak semestinya menghapuskan dosa yang telah lalu, ia juga menghapuskan dosa yang akan datang.

Apabila dosa sudah diampun, maka istighfar ini menaikkan darjat orang yang mengamalkannya.
Pahala adalah balasan yg diterima seseorang jika ia melakukan perbuatan baik. Dgn catatan ia adalah muslim.
Sedangkan dosa adalah balasan yg diterima seseorang jika ia berbuat jahat baik orang itu muslim atau kafir.

balasan ini ada yg diterima didunia dan ada yg diterima di akhirat, yg pada akhirnya akan diperhitungkan dihari hisab utk menentukan seseorang itu bisa masuk surga atau neraka.
 


17- Adam pernah membuat dosa dengan memakan buah dari pokok khuldi, kemudian dia dikeluarkan dari syurga disebabkan hanya dosa memakan sebiji buah. Bagaimana pula kita yang selalu melakukan dosa sepanjang hari?!! Tentu lagi banyak nikmat yang Allah haramkan disebabkan dosa kita itu.

18- Laknat = Dijauhkan daripada rahmat-Nya.
Rahmat = Belas kasihan Allah terhadap hamba-Nya buat mencapai satu-satu perkara atau menolak sesuatu


19- Kita tahu ular itu berbisa, sebab itulah kita tak berani mendekatinya. Tapi kita berani dekati dosa, itu tanda kita tak kenal Allah 

20- 2 cara mengenal Allah:
1- Memerhatikan makhluk-Nya (sama ada belajar sains, matematik, logistik, etc)
2- Memerhatikan ayat-ayat-Nya (Al-Quran dan Hadis)


21- Bumi, matahari, bulan, semuanya beredar mengelilingi orbit mereka, sebab itulah alam ini teratur. Tak malukah kita, benda yang sebesar matahari itu boleh mengikut perintah Allah, tapi kita yang kecil ini selalu kufur dan berasa tak cukup apa yang Allah bagi?
 
Balasan kebaikan mengikut jenis amal perbuatan. Kalau seorang hamba bersyukur terhadap ilmunya, maka akan bertambah ilmunya. Kalau dia bersyukur pada hartanya, maka akan bertambah hartanya
 


22-Orang-orang kafir yang disebut dalam Al-Quran tidak hanya bermakna orang yang syirik kepada Allah, tetapi ia juga bermakna orang-orang yang berperangai seperti perangai orang yang kafir seperti kufur nikmat, lalai, buruk sangka dengan Allah, putus asa dengan rahmat-Nya. 

23- Iman dan ilmu berkurang dengan kita melakukan dosa, seperti api membakar daun. 

24-Cara dapat rahmat Allah
1- Al-Isobat (mengikut sunnah ie tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan ada maksiat dalam pekerjaan itu)
2- Istiqamah
3- Ikhlas

Ingat, hanya dengan rahmat-Nya kita hidup bahagia. Tanpa rahmat-Nya kita sengsara dunia akhirat.
 


25-Musuh Allah bukan setakat orang-orang kafir, musuh Allah juga ialah sikap malas, jahat, dan sifat-sifat lain yang mazmumah.

26- Kita pernah menang dalam perlumbaan dalam rahim ibu kita dahulu. Itu bermakna kita ini bukan calang-calang orang kerana boleh menang dalam perlumbaan yang disertai berjuta-juta orang 

27- Kitab-kitab ulama dahulu tidak ditulis nama mereka kerana mereka ingin menjaga ikhlas, sebab itulah kitab mereka kekal walaupun sudah 1300 tahun lamanya. Kita bila tulis satu buku, ditulisnya pelbagai degree Hons, MA, PHD, tapi bila kita tak mati lagi orang dah lempar buku kita kerana tidak ikhlas 

28- Ayam, kambing, lembu sahaja yang boleh dijual beli. Kalau manusia juga boleh dijual beli dengan rasuah, maka tentulah manusia lebih sesat daripada binatang-binatang tu

29-Nafsu itu macam kereta, pemandunya pula sama ada kita atau syaitan. Kalau kita yang bawa, tentu sampai ke tempat yang dituju. Kalau syaitan mengawalnya atau dibiarkan begitu sahaja stereng kereta tanpa ada yang mengawalnya tentu akan terbabas. 

30-Tanda-tanda tiba saat kejatuhan seseorang itu ialah apabila mereka mula mengotori hati mereka sendiri.

"Adakah kamu merasa aman dengan perancangan Allah? Tiadalah orang yang aman dengan perancangan Allah kecuali orang-orang yang merugi (diri mereka sendiri)" (Al-A'raf:99)

Perancangan Allah bermakna istidraj Allah.
 


31- Pahala yang sedikit, jangan dipandang enteng kerana kita tidak tahu di mana antara pahala itu terdapat rahmat Allah. Dosa yang sedikit pula jangan dipandang ringan kerana kita tidak tahu di mana antara dosa itu penyebab kepada laknat-Nya

32- Allah menggambarkan seorang Muslim itu ialah seperti pokok kurma(Ibrahim:24-25). Pokok kurma itu tak kiralah sama ada buahnya, akarnya, daunnya atau pada mana-mana bahagian mempunyai manfaat kepada manusia. Begitulah seorang keadaan seorang Muslim yang sejati, pandai dalam segala bidang, dan boleh memanfaatkan pula orang lain.

33-  Zakat kalau disebut dalam surah Makiyyah(surah yang diturunkan sebelum hijrah) bukanlah bermakna mengeluarkan zakat. Kerana zakat hanya diwajibkan pada selepas hijrah. Zakat jika disebut dalam surah Makiyyah bermaksud orang-orang yang menyucikan hati mereka. Contohnya dalam surah Al-Mu'minun:4.

34- Don't give up, the beginning is always the hardest moment

35- Jihad is to push yourself to your extent limit

36- Orang yang bodoh ialah orang yang melakukan sesuatu yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza      

37- Kalaulah Nabi di Mekkah mengingatkan takutlah kepada dunia, apatah lagi kita di Malaysia

38- To dare is to learn

39- Abu Sufian merupakan seorang Sahabat Nabi yang dizalimi. Kebanyakan orang menganggap Abu Sufian ialah musuh Nabi yang paling ketat, kebanyakan orang juga menganggap Abu Sufian menjadi Islam selepas Pembukaan Kota Mekkah. Ini tidak benar sama sekali. Abu Sufian berhijrah ke Madinah, dan dia merupakan seorang sahabat Nabi yang amat disayangi oleh Baginda. Dalam hadis disebutkan Abu Sufian amat sesak hidupnya, bagaimana mungkin seorang pembesar Quraisy hidup sesak? Nak jadi pembesar Quraisy mestilah seorang yang kaya, jadi bagaimana pula dengan hadis yang mengatakan Abu Sufian hidup sesak? Sudah tentu itu bermakna Abu Sufian telah berhijrah ke Madinah, kerana orang yang ingin berhijrah ke Madinah tidak boleh membawa harta mereka dan mesti ditinggalkan di Mekkah. (Ini ringkasan tanpa ulasan panjang)   

40-Ayuhai penuntut ilmu, antum takkan dapat ilmu dengan disertai jasad yang santai kerana ilmu ialah sepayah-payah pekerjaan, puas bertegang urat

41- I will not say I failed 1000 times, I will say that I discovered there are 1000 way that can cause failure

42- Sometimes  bad things in life open up your eyes to the good things you weren't paying attention to before

43-  Falling down is not failure,Staying down is Failure...

44- If the plan doesn't work, change the plan but never the goal 

45- Don't depend too much on anyone in this world. Even your shadow leaves when you're in darkness 

46- Kesungguhan seseorang itu hidup beragama merupakan cara untuk mudah diperkenankan doa. Maksud hidup beragama ialah melakukan perkara-perkara wajib dan perkara-perkara yang sunat 

47- Dalam Al-Quran dan hadis, selalu diingatkan kepada manusia "taatlah kepada Allah mengikut kemampuanmu". Tetapi tiada sikit pun dalil yang mengatakan "tinggallah dosa mengikut kemampuanmu". Ini disebabkan oleh Allah tahu manusia mampu untuk meninggalkan segala bentuk dosa, yang besar mahupun yang kecil. Hanya tabiatnya sahaja yang menyekatnya daripada meninggalkan dosa tu 

48- Cara mendapat Hubbullah(cinta Allah)
1- Istiqamah
2- Meninggalkan perkara yang paling kita suka semata-mata kerana Allah, seperti perkara-perkara yang melalaikan
3- Mengasihani apa yang dikasihi-Nya
4- Memusuhi apa yang dimusuhi-Nya
 


49- Setiap dosa termasuk dalam memerangi Allah dan mencabar kewibawaan-Nya sebagai Tuhan sekelian alam. 

50- Nafsu dikaitkan dengan hawa kerana sesiapa yang mengikut nafsu pasti akan jatuh. Hawa(هوى) dalam bahasa Arab bermaksud jatuh/turun. Bukannya hawa di sini isteri Nabi Adam tu, isteri Nabi Adam tu ejanya begini (حواء) 

51- "Nikmat maksiat itu singkat, tetapi penyesalannya berpanjangan. Sukarnya taat itu pedih tetapi kemanisannya berkekalan. Justeru bermujahadahlah, kita tidak akan kalah selagi tidak mengalah." 


52- Orang yang buat kerja bersungguh-sungguh itu dapat 2 pahala besar
 
 1) Pahala Sabar
 2) Pahala Takwa
 
 P/s Jangan ingat takwa ni sekadar tinggal benda dosa.
 
 Takwa ini satu ungkapan yang merangkumi pelbagai perkara. Dalam Takwa ada lagi beberapa elemen selain ' buat apa yang disuruh tinggal apa dilarang' , seperti: 
 1-Berkorban 2-Takut Allah 3- Berharap padanya 4- Inabah(kembali)
53-Sunnah terbahagi kepada 2
 1- Sunnah Tasyri'e (sunnah yang disyariatkan) : Iaitu sunnah yang tidak akan berubah daripada zaman Nabi sehinggalah sekarang. Seperti: sembahyang berjemaah, memberi salam, berbuat baik
 
 2- Sunnah Ghair Tasyri'e (tidak disyariat) : Iaitu sunnah yang boleh berubah mengikut tempat dan masa. Seperti kalau zaman dahulu pakai unta sebagai kenderaan. Sekarang ini kita guna kereta, tak payah lebai sangat nak pakai unta
54- Jangan difahami Sunnah Nabi itu hanya setakat pakai kopiah, serban, jubah, bersugi dengan kayu sugi.
 
 Makna Sunnah Nabi tu luas, Sunnah Nabi ialah Cara Hidup Nabi, seperti membuat kerja dengan tekun, taqwa, sabar, bertaubat, berdoa, tawakkal, memberi salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali, bergaul dengan orang dengan cara baik, memberi makan dan lain-lain lagi
55- Don't handicap your children by making their lives easy
56- The secret of Success. 1- Stop wishing Start doing
57- Never stop doing little things for others. Sometimes, those little things occupy the biggest part of their heart
58- "Dialah yang mencipta hidup dan mati untuk menguji siapa diantara kamu yang paling BAIK amalannya" (Al-Mulk:2)
 
 Ayat ini menjadi dalil gesaan supaya melakukan pekerjaan dengan kualiti, bukan kuantiti. Baca 10 buku dengan penuh penghayatan lebih baik daripada membaca 100 buku dengan leka
59- Agama Islam ini terbahagi kepada 2 komponen.
 1- Syariat =iaitu amalan-amalan zahir, seperti sembahyang, zakat, puasa, haji, dan sebagainya
 2- Hakikat = iaitu amalan-amalan hati, seperti khusyuk, benar, jujur, berharap, sabar
 
 Orang yang hanya ada syariat tetapi tiada hakikat itu dikenali sebagai munafiq. Orang yang hanya ada hakikat tetapi tiada syariat, itu dikenali sebagai jahil. Orang yang ada kedua-duanya akan terlihat pancaran nur pada wajahnya, bau badannya pula wangi walaupun tidak pakai minyak wangi.
60-Orang yang tidak sanggup menghadapi satu kesusahan, dia tidak akan dapat 1000 kesenangan
61-Kalau kita pergi ke mesin ATM, kalau kita masukkan duit kertas yang berkedut, sudah tentu tidak diterima.
 Macam itu jugalah orang yang suka berhujah dengan hadis Dhoif dan Palsu
62- Semakin banyak ilmu, semakin tinggi jugalah adab seseorang. Kalau banyak ilmu tapi tiada adab, orang ini masih jahil.
63- Mengapa orang kafir tertarik untuk memeluk agama Islam?
 Imam Sya'rawi pernah tanya apa yang menyebabkan seorang mualaf ini masuk Islam. 
 Dia kata bahawa dia masuk Islam kerana melihat kepada sejarah hidup Nabi. Nabi ditawarkan perempuan, harta, pangkat di Mekah, tetapi Nabi menolaknya. Sekiranya Nabi Muhammad ini seorang yang pendusta atau bawa agama Islam semata-mata kerana perempuan, harta, pangkat, sudah tentu Nabi Muhammad ini terima tawaran itu.
 
 Sekiranya Nabi itu berdusta dan hanya membawa agama dongengan, sudah tentu Nabi ini tidur malam lebih nyenyak daripada orang lain dan menyuruh orang lain menjaga rumahnya. Tapi ini tidak benar kerana Nabi selalu bersembahyang tahajud sehinggakan bengkak kaki dan melarang Sahabat-Sahabatnya daripada menjaga rumahnya.
64- God will make a way, where there seems to be no way
65- Dari pengalaman sendiri, kalau kita sentiasa bertakwa, semua kerja kita jadi sangat mudah. Tetapi kalau tak bertakwa, hampir semua kerja yang mudah dilakukan orang lain, kita akan rasa payah, susah tak terkata, asyik gagal, fikiran asyik tak tenang.
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menjadikannya jalan keluar, dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka" (At-Talaq:2-3)
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menjadikan kerjanya mudah"(At-Talaq:4)
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menghapuskan dosanya dan membesarkan balasan kebaikan kepadanya" (At-Talaq:5)
66- Menuntut ilmu itu taqwa
 Menyampaikan ilmu itu ibadah
 Mengulang-ngulang ilmu itu zikir
 Mencari ilmu itu jihad - Imam Ghazali 
 
 p/s rajin2lah mengulang kaji
67- Cara hidup Barat serta pegangan hidup mereka ibarat sebuah kapal yang sedang karam, dan umat Islam kini sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya
68- Dalam Al-Quran ditunjukkan 2 jenis cara berfikir, pemikiran orang Islam dan pemikiran orang Kafir
 1-Evidentand-Opinion based thinking: Iaitu pemikiran yang berteraskan kepada bukti, dalil dan pendapat yang paling jitu. Inilah pemikiran orang Islam, bahkan Allah memuji orang begini dan menyuruh orang berfikir seperti ini. Dalil sila tengok a) dan b)
 
 2- Peer-and-culture based thinking : Iaitu pemikiran yang hanya berteraskan kepada ikut-ikutan kepada adat dan kawan. Inilah pemikiran yang digunapakai oleh orang kafir Musyrik. Pemikiran begini amat tercela di dalam Al-Quran, bahkan orang yang berterusan berfikiran begini dianggap orang yang lalai. Dalil sila tengok c) dan d)
 
69- 
Antara ayat yang banyak disalahertikan oleh sesetengah orang ialah
 
 ومما رزقناهم ينفقون
 "dan (antara ciri-ciri orang bertakwa itu ialah) mereka menginfakkan sebahagian daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka" (Al-Baqarah:3)
 
 Menginfakkan rezeki disini tidak terhad setakat harta, ia merangkumi segala benda yang bermanfaat kepada masyarakat seperti harta, ilmu, tenaga dan lain-lain lagi

70- Tanda kerja itu ikhlas
1- Betul-betul buat kerja itu, bukan angan-angan tapi tak buat
2- Kerja itu istiqamah


71- There are 2 types of pain
1- Pain that hurts you
2- Pain that changes you

72 - If someone really cares about you, they will make an effort not an excuse
73- The world would not be destroyed by those who make devil, but by those who watch them without doing anything.