Thursday 3 October 2013

Tips Istiqamah


Ramai bertanya kepada aku, macam mana nak istiqamah? Macam mana mahu buat satu 'habit' atau sikap baru? Sounds cliche, tapi itulah ramai yang merana tak dapat buat sesuatu dengan istiqamah. Tapi inilah hasil coretan aku selepas cuba berhempas-pulas mencari tips dan buat eksperimen berkali-kali.
Contohlah kalau kita mahu menjadi seorang 'bookworm', atau gila membaca.
1- Apa yang penting dalam mahu istiqamah ialah JANGAN ADA BOSAN! Kalau initially pada hari pertama kita dah baca 1000 muka surat, kemungkinan besar kita akan cepat bosan dan terus putus semangat untuk terus istiqamah.
Tips pertama: Mulakan dahulu dengan sedikit, contoh 10 muka surat sehari agar perasaan bosan tidak datang dan 'tarry'(baca: koyak) semangat untuk istiqamah.
Kemudian apabila anda sudah berjaya istiqamah baca 10 muka surat selama 20 hari, tambahkan 5 muka surat. Kemudian bila sudah berjaya istiqamah baca 15 m/s selama 20 hari pula, tambahkan pula 10 m/s. Dengan itu dalam masa 40 hari anda sudah berjaya untuk istiqamah baca 25m/s pada setiap hari. 25 x 365 = 9125 m/s. Anggarkan sebuah buku ada 200 m/s, itu bermakna anda sudah berjaya baca 45 buah buku setahun!!
Seperti sabda Nabi, “Buatlah sesuatu menurut kemampuanmu. Demi Allah! Dia tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga kamu sendiri yang bosan mengerjakan pekerjaanmu. Dan amal yang paling disukai Allah ialah yang dikerjakan secara tetap (berterusan) oleh pelakunya.” (Sahih Bukhari, kitab ilmu)

2- Masalah yang biasa dialami orang yang mahu istiqamah ialah PROCRASTINATION(sikap buat kerja bertangguh). Orang yang buat kerja bertangguh akan mendapati hasil kerjanya tiada kualiti dek membuat kerja terburu-buru, dan akhirnya timbul dalam benak "baik aku tak payah buat benda ni, benci dan membosankan!". Akhirnya semangat untuk istiqamah mereka luntur, dan mereka tidak berjaya cipta 'habit' baru.
Kegagalan untuk dedikasi kepada masa bererti gagal untuk berjaya.
Tips kedua: Adalah amat baik sekali kalau orang yang mahu istiqamah itu, membuat pekerjaannya on-time(baca:punctual). Tetapkan satu masa yang mana masa itu ialah masa yang paling otak anda fresh, dan anda boleh buat kerja itu secara bersemangat. Kalau ikut kitab para ulama, masa yang amat baik ialah pada waktu separuh akhir malam dan yang terbaik ialah waktu 1/3 malam, kerana pada waktu itu rahmat turun (mereka para ulama biasa tidur setelah solat Isyak, dan bangun separuh akhir malam. Sunnah Nabi juga tidur terus selepas Isyak, kecuali untuk menuntut ilmu atau mengulangkaji)

3- Biasanya akan datang perasaan 'MALAS NAK BUAT' ketika dalam proses beristiqamah. Sebenarnya perasaan ini datang sebagai ujian Allah kepada hambanya. Dia datangkan perasaan ini pertama-tamanya untuk melihat sama adakah benar hamba-Nya ini betul-betul mahukan istiqamah atau tidak. Kerana istiqamah itu balasannya Syurga, dan Syurga amat susah didapati melainkan daripada orang yang ikhlas dan sabar.
Apabila anda gagal menangani perasaan malas ini, ingatlah anda akan berasa lebih ringan lagi keesokan harinya untuk meninggalkan istiqamah.
Bak kata Allah "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka ISTIQAMAH akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa : "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat:30-31)

Tips ketiga: Sebaiknya apabila datang perasan ini, terus ingatkan balik "Ini adalah ujian Allah untuk melihat sama ada aku sabar atau tidak. Jika aku tidak sabar, samalah nilai diriku dengan lembu, anjing, babi dan sebagainya kerana mereka tiada sifat sabar".

4- Apa yang paling penting ketika istiqamah ialah KUALITI pekerjaan itu. Kalau proses istiqamah anda melibatkan ilmu, edukasi, adalah amat baik sekali jika anda share with peers(baca: berkongsi ilmu) itu dengan orang lain, sama ada tulis dalam Facebook, Blog, Twitter, berhujah, berbincang dan sebagainya. Dalam kitab Ta'lim Mutallim(kitab cara belajar), berhujah atau berdebat itu adalah lebih baik daripada mengulangkaji ilmu yang sama selama satu bulan, kerana melalui berhujah dan berbincang terdapat pengulangan yang lebih kukuh dan mantap. Juga melalui debat kita dapat menguasai sesuatu ilmu secara lebih cepat, disamping melatih akal fikiran berfikir secara intense(baca:dalam)

5- Penting sekali untuk buat REPORT tentang kesuksessan kita untuk dedikasi kepada istiqamah. Kerana report itu penting sebagai self-motivation tool.
Tips kelima: Sediakan sebuah buku kecil untuk menulis sama ada anda berjaya atau tidak hari ini untuk membaca 10 m/s buku misalnya. Contoh report yang elok

25/9 Success. Punctual.
26/9 Fail. Tidur lambat, bangun lewat
27/9 Success. Procrastinate
28/9 Fail. Terlalu banyak membazir masa
29/9 Fail. Kuat Facebooking