Wednesday 2 August 2017

مقالة حذيفة بن اليمان عن المنافقين

خدمة العلامتين الدعوية:
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال:
إن المنافقين اليوم شر منهم على عهد النبي ﷺ، كانوا يومئذ يسرون واليوم يجهرون.

صحيح البخاري 7113

وصية المغيرة بن حكيم

خدمة العلامتين الدعوية:
قال عبد العزيز بن أبي رواد:
دخلت على المغيرة بن حكيم في مرضه الذي مات فيه، فقلت: أوصني؟
فقال: اعمل لهذا المضجع.

موسوعة ابن أبي الدنيا 369/5

لم سمي السفر سفرا؟

خدمة العلامتين الدعوية:
قال بعض العلماء: إنما سمي السفر سفرا لأنه يسفر عن أخلاق الرجال.

قال ابن عثيمين رحمه الله:
أي : يوضحها ويبينها.

الشرح الممتع ٤٩٠/٤

آثار سيئة من تكلم فيما لا يعنيه


قال مالك بن دينار رحمه الله:
إذا رأيت:
■ قساوة في قلبك
■ ووهنًا في بدنك
■ وحرمانا في رزقك
☜ فاعلم أنك تكلمت فيما لا يعنيك.

فيض القدير ٣٦٩/١

لا تصحب إلا.....

خدمة العلامتين الدعوية:
قال ابن مسعود رضي الله عنه:
لا تصحب إلا من أعانك على ذكر الله.

الزهد لأبي داود 1-126

Wednesday 19 July 2017

SETIAP NIKMAT YANG TIDAK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH ADALAH ISTIDRAJ

SETIAP NIKMAT YANG TIDAK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH ADALAH ISTIDRAJ

stidraj ialah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu bukan kerana Allah redha kepadanya, tetapi supaya Allah lebih murka. 
Seperti Firaun diberi kekayaan melimpah. Bukanlah Allah bagi kekayaan itu untuk dia semakin bersyukur, tapi Allah bagi kekayaan itu supaya dia jadi lagi kufur kepada Allah, supaya Allah bagi azab lagi pedih ke atasnya.

Setiap nikmat yang tidak dapat mendekatkan diri kepada Allah itu adalah istidraj.
Mula-mula istidraj itu ialah seseorang dijauhkan daripada berbuat amal kebaikan, dan akhir istidraj ialah seseorang itu bersibuk-sibuk dengan perkara buruk.

IMAN MENENTUKAN KADAR TAUFIK KEPADA AMAL SOLEH

IMAN MENENTUKAN KADAR TAUFIK KEPADA AMAL SOLEH

Seseorang itu diberi taufiq untuk melakukan amal soleh sesuai dengan kadar keimanannya.

Iman para ulama itu terlalu tinggi lalu Allah memberi taufiq kepada mereka untuk menulis berjilid-jilid kitab, tengok sajalah  Ibnul Jauzi telah menulis sebanyak 2000 jilid kitab sepanjang hidupnya!

Firman Allah Taala:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya"(Surah Yunus ayat 9)

MENTADABBUR AL-QURAN SEBAB KEPADA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DOSA

MENTADABBUR AL-QURAN SEBAB KEPADA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DOSA

Berkata Sheikhul Islam Ibmu Taimiyyah:
Seorang insan apabila membaca Al-Quran dan mentadabburnya, perbuatan demikianlah menjadi sebab yang paling kuat untuk menahan dirinya daripada melakukan dosa atau sebagiannya. (Majmu' Fatawa 20/123)

MENGAPA SESEORANG ITU MENINGGALKAN SOLAT?

MENGAPA SESEORANG ITU MENINGGALKAN SOLAT?

Seseorang itu tidak mungkin meninggalkan solat melainkan kerana dirinya sudah tenggelam dalam nafsu syahwat.

Jika kita lihat diri sendiri itu bermalas-malas untuk solat(wajib atau sunat), cubalah periksa dahulu keadaan nafsu syahwat diri, kerana Allah sudah kaitkan antara solat dan nafsu dalam firmannya:

" Maka datanglah sesudah mereka, pengganti(yang jelek) yang menyia-nyiakan salat danmemperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akanmenemui kesesatan."(Surah Maryam ayat 59)

Duduk Istirahah Ketika Naik Daripada Sujud Tilawah?

Duduk Istirahah Ketika Naik Daripada Sujud Tilawah?

Soalan: Adakah disunatkan untuk duduk istirahah dahulu sebelum naik daripada sujud tilawah dalam solat?

Jawapan: Tidak disyariatkan duduk istirahah ketika naik daripada sujud tilawah dalam solat. Duduk istirahah ini hanyalah disyariatkan ketika naik dalam sujud-sujud biasa selain daripada sujud tilawah.

TANDA ALLAH BERPALING DARIPADA HAMBANYA

TANDA ALLAH BERPALING DARIPADA HAMBANYA

Berkata Al-Hasan Al-Basri
" Antara tanda-tanda Allah berpaling daripada hamba-Nya,
Allah menjadikannya bersibuk-sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah,
sebagai satu penghinaan daripada Allah terhadapnya".

(Jami' Ulum wal Hikam: 1/116)

MENINGGALKAN SURUHAN ALLAH SEBAB BERLAKUNYA PERMUSUHAN

Meninggalkan sebahagian kecil daripada kewajipan sebab kepada timbulnya permusuhan dan kebencian.
Siapa yang mahukan kebahagiaan dalam rumah tangga, maka janganlah dia meretakkan hubungannya dengan Allah.
Orang-orang Nasrani meninggalkan sebahagian daripada ajaran mereka, lalu Allah campakkan permusuhan antara mereka sendiri.

Firman Allah:
"Tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami TIMBULKAN di antara mereka PERMUSUHAN dan KEBENCIAN sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan."(Surah Al-Maidah ayat 14)

ADAKAH BUAT DOSA MALAM LAILATULQADAR DIGANDAKAN DOSA TU SERIBU BULAN?


Soalan: Sy nk tanya,adakay benar jika seseorang itu melakukan dosa pada malam Lailatulqadar,maka dosanya akan dilipat kali gandakan?

Jawapan:
Tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa dosa itu berlipat kali ganda, yang adanya hanyalah pahala itu yang akan digandakan dan bukan dosa.

Tapi perlu diketahui, dosa itu boleh berbilang-bilang tapi tidak boleh berganda-ganda. Contohnya jika seseorang itu mencuri pada tempat yang dihormati syarak, contohnya di Mekah. Maka dalam hal ini dia mendapat 2 dosa, iaitu
1- Mencuri
2- Tidak menghormati Mekah

Tapi dosa mencuri itu tidak berganda, dosa mencuri dikira satu dosa, manakala tidak menghormati Mekah itu pula satu dosa lain pula.

Begitu juga jika seseorang itu mencuri di tempat yang dihormati syarak(Mekah), dan pada masa yang berkat(contohnya bulan-bulan haram, atau bulan Ramadan), maka pada ketika ini dia mendapat 3 dosa.
1- Mencuri
2- Tidak menghormati Mekah
3- Tidak menghormati bulan haram, atau bulan Ramadan.

Jadi wajib ke atas setiap orang apabila membuat tiap-tiap dosa di atas, supaya bertaubat setiap satu dosa satu taubat. Tidak cukup bertaubat daripada mencuri sahaja tanpa ada taubat tidak menghormati tempat-tempat dan masa-masa terhormat. Wajib setiap dosa satu taubat.

Wallahua'lam.

Tempoh Khatam Al-Quran


Membaca Al-Quran adalah tanda hati seseorang itu bersih
Berkata Uthman bin Affan: Jika bersih hatimu, hatimu tidak akan kenyang dengan kata-kata Tuhanmu.)Fadhail Utman bin Affan m/s 115-116)

Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran 10 hasanah. Setiap muka surat Al-Quran tidak kurang daripada 300 huruf, maka setiap muka surat yang dibaca akan berhasil 3000 hasanah!

Al-Quran itu mempunyai barakah. Penulis selalu melihat orang yang selalu beriltizam membaca Al-Quran setiap hari akan mendapati hidupnya itu penuh dengan barakah, hilang perasaan gundah gelana, hidupnya teratur tiada aral melintang dan masa depan cerah.

Manakala orang yang tidak membaca Al-Quran, hidupnya penuh kesedihan, bala bertimpa-timpa, hati serabut , dada terasa sempit. Allah menjanjikan siapa yang beramal soleh, akan hidup bahagia dunia dan akhirat.

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya KEHIDUPAN YANG BAIK, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”(Surah An-Nahl ayat 97)

TEMPOH KHATAM AL-QURAN
1- Tiada dalam Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan wajibnya seseorang itu khatam Al-Quran dalam masa-masa tertentu. Tetapi disunatkan untuk khatam Al-Quran paling kurang sekali sebulan, dan paling banyak pun seminggu sekali.

Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, sabda Nabi: “Bacalah (khatamkanlah) Al Quran dalam sebulan.” ‘Abdullah bin ‘Amr lalu berkata, “Aku mampu menambah lebih dari itu.” Beliau pun bersabda, “Bacalah (khatamkanlah) Al Qur’an dalam tujuh hari, jangan lebih daripada itu.” (HR. Bukhari No. 5054).

2- Dimakruhkan seseorang itu mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 3 hari sekali. Ini adalah berdasarkan hadis:
Dari Abdullah bin Amru, beliau mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan dapat memahami/menghayati Al-Qur’an, orang yang membacanya kurang dari tiga hari.” (HR. Abu Daud)

Larangan mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 3 hari ini adalah jika dilakukan terus menerus, tetapi jika ada waktu-waktu fadhilat(seperti  bulan Ramadan, atau 10 hari pertama Zulhijjah), diutamakan untuk memperbanyak membaca Al-Quran untuk mendapat fadhilat-fadhilat pada waktu tersebut.

Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata:
“Bahwasanya larangan mengkhatamkan Al-Quran kurang dari tiga hari itu adalah apabila dilakukan secara terus menerus. Adapun pada waktu-waktu yang terdapat keutamaan padanya seperti bulan Ramadhan terutama pada malam-malam yang dicari/diburu padanya lailatul qadr atau pada tempat-tempat yang memiliki keutamaan seperti Makkah bagi siapa saja yang memasukinya selain penduduk negeri itu, maka disukainya untuk memperbanyak membaca Al-Qur’an, dalam rangka memanfaatkan (keutamaan) waktu dan tempat tersebut. Ini adalah pendapat Ahmad, Ishaq, dan selainnya dari kalangan ulama”.(Latha’iful Ma’arif m/s 171).

3- Dimakruhkan TIDAK mengkhatamkan Al-Quran dalam masa kurang 40 hari. Sekiranya lebih 40 hari tidak lagi khatam Al-Quran, ditakuti termasuk daripada kalangan orang-orang yang meninggalkan Al-Quran.
Ibnu Qudamah berkata:

يكره أن يؤخر ختمة القرآن أكثر من أربعين يوما...وقال أحمد : أكثر ما سمعت أن يختم القرآن في أربعين . ولأن تأخيره أكثر من ذلك يفضي إلى نسيان القرآن والتهاون به ، فكان ما ذكرنا أولى ، وهذا إذا لم يكن له عذر ، فأما مع العذر فواسع له " انتهى من " المغني " (1/459)

“Dimakruhkan seseorang melewatkan khatam Al-Quran lebih daripada 40 hari… Ahmad mengatakan bahwa waktu maksimum seorang mengkhatamkan Al Qur’an adalah empat puluh hari, karena mengkhatamkannya melebihi dari waktu itu (40 hari) dapat mengakibatkan dirinya melupakan Al Qur’an dan dianggap telah meremehkan Al Qur’an, dan apabila hal itu terjadi jika seseorang itu tidak mempunyai keuzuran, dan jika dia mempunyai keuzuran tidak mengapa.” (Al-Mughni juz 1 hal 459)

4- Mungkin kita terasa pelik, bagaimana pula para Salaf boleh mengkhatamkan Al-Quran beberapa kali dalam masa sehari?

Al-Bukhari mengkhatamkan Al Qur’an pada siang bulan Ramadhan setiap harinya dan setelah melakukan solat tarawih beliau mengkhatamkannya setiap 3 malam sekali.

Al-Qasim bin ‘Ali berkata menceritakan ayahnya Ibnu ‘Asakir (pengarang kitab Tarikh Dimasyqi): Beliau adalah seorang yang sangat rajin melakukan solat berjama’ah dan rajin membaca Al-Qur’an, beliau mengkhatamkannya setiap Jumaat, dan mengkhatamkannya setiap hari pada bulan Ramadhan serta beri’tikaf di menara timur.

Abu Bakar bin Ayyash mengkhatamkan Al-Quran setiap hari selama 30 tahun! Pada akhir umurnya dia berkata kepada anaknya: Wahai anakku jangan bersedih, adakah kamu takut Allah akan menyeksa aku, sedangkan aku telah mengkhatamkan Al-Quran dalam bilik ini 24 ribu kali!!

24 ribu kali jika dibahagikan 365 hari, ini bermaksud Abu Bakar bin Ayyash telah mengkhatamkan Al-Quran terus-menerus setiap hari selama 65.8 tahun!

Bagaimanakah mereka dapat melakukan perkara besar dalam waktu yang singkat?
Berkata Al-Hafiz ketika mensyarahkan hadis:

 "Dimudahkan untuk Nabi Daud untuk membaca, dia pernah menyuruh orang untuk memasangkan pelana pada tunggangannya, dan dia mengkhatamkan membaca Al-Quran(Zabur) terlebih dahulu sebelum pelananya selesai dipasangkan untuk tunggangannya”(Al-Bukhari:4344)

Berkata Al-Hafiz:”Pada hadis ini menunjukkan barakah itu boleh turun pada waktu yang singkat, sehingga seseorang itu boleh melakukan banyak pekerjaan dalam waktu yang singkat. Berkata An-Nawawi: Paling banyak yang kami pernah mendengar orang yang membaca Al-Quran 4 kali khatam pada waktu malam, dan 4 kali khatam pada waktu siang” (Fathul Bari jilid 6 muka surat 455)

Apa hukumnya mengkhatamkan Al-Quran kurang daripada 3 hari? Bagaimana pula dengan hadis melarang seseorang mengkhatamkan Al-Quran kurang daripada 3 hari?

Jawapannya: Tidak boleh difahami dalam hadis di atas bahawa mengkhatamkan Al-Quran kurang daripada 3 hari itu dilarang, kerana orang yang membaca kurang daripada 3 hari ternafi padanya  kefahaman bukannya ternafi padanya pahala membaca Al-Quran.  Jika orang yang mengkhatamkan Al-Quran kurang daripada 3 hari itu  faham Al-Quran, dan dia mampu untuk melaksanakan kewajipan-kewajipannya (seperti mentarbiah, memberi nafkah kepada anak, solat 5 waktu dan lain-lain) tidak terlarang kepadanya lagi.

5- Sesetengah orang berkata
“Apa guna baca Quran banyak-banyak tapi tak faham. Faham lagi baik daripada baca banyak  dengan tak faham!”

Perlu diketahui seseorang itu dianjurkan untuk khatam Al-Quran paling kurang sebulan sekali. Masa yang diperuntukkan untuk membaca Al-Quran itu perlu ada dalam jadual kehidupan seharian seorang Islam.

Masa untuk faham Al-Quran,tadabbur, baca tafsir atau terjemahan pula hendaklah diperuntukkan untuk masa-masa lain selain waktu membaca Al-Quran.

Ramai orang guna helah di atas untuk mengelakkan diri daripada membaca Al-Quran, lantas mereka terpedaya dengan syaitan lalu mereka meninggalkan Al-Quran seluruhnya.

Wallahua’lam