Thursday 3 October 2013

Tips Istiqamah


Ramai bertanya kepada aku, macam mana nak istiqamah? Macam mana mahu buat satu 'habit' atau sikap baru? Sounds cliche, tapi itulah ramai yang merana tak dapat buat sesuatu dengan istiqamah. Tapi inilah hasil coretan aku selepas cuba berhempas-pulas mencari tips dan buat eksperimen berkali-kali.
Contohlah kalau kita mahu menjadi seorang 'bookworm', atau gila membaca.
1- Apa yang penting dalam mahu istiqamah ialah JANGAN ADA BOSAN! Kalau initially pada hari pertama kita dah baca 1000 muka surat, kemungkinan besar kita akan cepat bosan dan terus putus semangat untuk terus istiqamah.
Tips pertama: Mulakan dahulu dengan sedikit, contoh 10 muka surat sehari agar perasaan bosan tidak datang dan 'tarry'(baca: koyak) semangat untuk istiqamah.
Kemudian apabila anda sudah berjaya istiqamah baca 10 muka surat selama 20 hari, tambahkan 5 muka surat. Kemudian bila sudah berjaya istiqamah baca 15 m/s selama 20 hari pula, tambahkan pula 10 m/s. Dengan itu dalam masa 40 hari anda sudah berjaya untuk istiqamah baca 25m/s pada setiap hari. 25 x 365 = 9125 m/s. Anggarkan sebuah buku ada 200 m/s, itu bermakna anda sudah berjaya baca 45 buah buku setahun!!
Seperti sabda Nabi, “Buatlah sesuatu menurut kemampuanmu. Demi Allah! Dia tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga kamu sendiri yang bosan mengerjakan pekerjaanmu. Dan amal yang paling disukai Allah ialah yang dikerjakan secara tetap (berterusan) oleh pelakunya.” (Sahih Bukhari, kitab ilmu)

2- Masalah yang biasa dialami orang yang mahu istiqamah ialah PROCRASTINATION(sikap buat kerja bertangguh). Orang yang buat kerja bertangguh akan mendapati hasil kerjanya tiada kualiti dek membuat kerja terburu-buru, dan akhirnya timbul dalam benak "baik aku tak payah buat benda ni, benci dan membosankan!". Akhirnya semangat untuk istiqamah mereka luntur, dan mereka tidak berjaya cipta 'habit' baru.
Kegagalan untuk dedikasi kepada masa bererti gagal untuk berjaya.
Tips kedua: Adalah amat baik sekali kalau orang yang mahu istiqamah itu, membuat pekerjaannya on-time(baca:punctual). Tetapkan satu masa yang mana masa itu ialah masa yang paling otak anda fresh, dan anda boleh buat kerja itu secara bersemangat. Kalau ikut kitab para ulama, masa yang amat baik ialah pada waktu separuh akhir malam dan yang terbaik ialah waktu 1/3 malam, kerana pada waktu itu rahmat turun (mereka para ulama biasa tidur setelah solat Isyak, dan bangun separuh akhir malam. Sunnah Nabi juga tidur terus selepas Isyak, kecuali untuk menuntut ilmu atau mengulangkaji)

3- Biasanya akan datang perasaan 'MALAS NAK BUAT' ketika dalam proses beristiqamah. Sebenarnya perasaan ini datang sebagai ujian Allah kepada hambanya. Dia datangkan perasaan ini pertama-tamanya untuk melihat sama adakah benar hamba-Nya ini betul-betul mahukan istiqamah atau tidak. Kerana istiqamah itu balasannya Syurga, dan Syurga amat susah didapati melainkan daripada orang yang ikhlas dan sabar.
Apabila anda gagal menangani perasaan malas ini, ingatlah anda akan berasa lebih ringan lagi keesokan harinya untuk meninggalkan istiqamah.
Bak kata Allah "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka ISTIQAMAH akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa : "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat:30-31)

Tips ketiga: Sebaiknya apabila datang perasan ini, terus ingatkan balik "Ini adalah ujian Allah untuk melihat sama ada aku sabar atau tidak. Jika aku tidak sabar, samalah nilai diriku dengan lembu, anjing, babi dan sebagainya kerana mereka tiada sifat sabar".

4- Apa yang paling penting ketika istiqamah ialah KUALITI pekerjaan itu. Kalau proses istiqamah anda melibatkan ilmu, edukasi, adalah amat baik sekali jika anda share with peers(baca: berkongsi ilmu) itu dengan orang lain, sama ada tulis dalam Facebook, Blog, Twitter, berhujah, berbincang dan sebagainya. Dalam kitab Ta'lim Mutallim(kitab cara belajar), berhujah atau berdebat itu adalah lebih baik daripada mengulangkaji ilmu yang sama selama satu bulan, kerana melalui berhujah dan berbincang terdapat pengulangan yang lebih kukuh dan mantap. Juga melalui debat kita dapat menguasai sesuatu ilmu secara lebih cepat, disamping melatih akal fikiran berfikir secara intense(baca:dalam)

5- Penting sekali untuk buat REPORT tentang kesuksessan kita untuk dedikasi kepada istiqamah. Kerana report itu penting sebagai self-motivation tool.
Tips kelima: Sediakan sebuah buku kecil untuk menulis sama ada anda berjaya atau tidak hari ini untuk membaca 10 m/s buku misalnya. Contoh report yang elok

25/9 Success. Punctual.
26/9 Fail. Tidur lambat, bangun lewat
27/9 Success. Procrastinate
28/9 Fail. Terlalu banyak membazir masa
29/9 Fail. Kuat Facebooking

 

Saturday 9 February 2013

komen terbaik di facebook

 Dibenarkan copy paste

1- Al-Quran ialah percakapan Allah, ia merupakan percakapan orang yang hebat. Hanya orang yang hebat memahami kalam orang yang hebat, tetapi mereka yang kurang ilmunya memandang Al-Quran sebagai tulisan biasa yang banyak mengandungi repitisi cerita yang serupa. Sedangkan setiap repitisi itu tidaklah menunjukkan kurangnya ilmu Allah, tetapi setiap repitisi itu mengandungi rahsia yang hanya difahami oleh orang yang selalu mentadabbur kitab-Nya. 

2-Akidah boleh berkurang dengan melakukan maksiat. Selepas melakukan maksiat, perasaan Allah Maha Agung itu semakin berkurang dalam diri, akhirnya jika terus dalam maksiat itu, perasaan itu hilang. Bila perasaan itu hilang, maka dunia menjadi matlamat. Apabila dunia menjadi matlamat, maka segala benda akan dilakukan demi dunia sehinggakan puasa dilakukan kerana dunia. Dan jika demikian maka tiada terlepaslah ia daripada sekian kekufuran. 

3- Orang sekarang ni bila mati mak ayah, disuruhnya baca yasin hantar kepada mereka. Sedangkan segala kebaikan yang kita buat, akan sampai kepada ibu bapa tak kira dimana. Walaupun beratus-ratus keturunan sekalipun, akan tetap sampai kepada ibu dan ayah

4- Ramai orang yang salah faham tentang makna sebenar zikir. Mereka ingatkan zikir ini hanyalah subhanallah, Alhamdulillah, Allhuakbar. Tidak, zikir ini meluas lagi maknanya. Termasuk dalam zikir ialah : belajar, memikir tentang kebesaran Allah, memikirkan halal haram sesuatu perkara, sembahyang, dan banyak lagi.

5- Hidup macam roda. Orang yang naik, dia kena bersiap sedia untuk turun. Orang yang jatuh, dia kena bersiap sedia untuk naik. Semua orang akan mengalaminya.

6- Iblis kena laknat sebab dia takabbur taknak sujud pada Adam. Tapi manusia tak sujud kepada Allah tentu lagi hebat kena laknat daripada Iblis. 

Pertolongan Allah datang kepada orang-orang yang selalu bertaqwa dan selalu berbuat kebajikan (Tafsir akhir ayat surah An-Nahl)

Ini pertolongan Allah, bukan pertolongan manusia. Kalau Allah tolong, siapa lagi dapat kalahkan kita?
 


7- Setiap sunnah ada rahmat dan kejayaan. Siapa yang mencari jalan selain jalan Nabi tidak akan mendapat pertolongan Allah

8- Iman dan ilmu itu macam pokok. Jika tidak dijaga akan layu dan mati. Tetapi sekiranya dijaga akan membuahkan iman-iman dan ilmu-ilmu yang baru. 

9- Sikap takabbur atau bangga diri ialah sikap yang paling susah untuk dibuang dalam diri. Kadang-kadang seseorang diuji dengan nikmat supaya ia bersyukur, tetapi jika ia takabbur, dan mengatakan bahawa segala pencapaiannya adalah berpunca daripada usaha, atau ilmu diri sendiri, maka ketika itulah bala itu datang agar dia tunduk kembali. Katakanlah "Alhamdulillah" dengan hati dan lisan anda bahawa segalanya berpunca daripada rahmat Allah. Tanpa rahmat dan perhatiannya, binasalah kita, kerana kita hidup hanyalah bersandar padanya. 

10- Dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi, disebut tentang cerita Nabi Musa mencari ilmu pengetahuan. Sehingga beliau berkata dia akan mencari Khadir ini sampai dapat walaupun terpaksa berjalan bertahun-tahun. Renungkanlah, seorang Nabi yang sudah penuh ilmu pengetahuan masih mahu belajar lagi, bagaimana pula dengan kita yang jahil ini? Orang mengajar sebelah rumah pun tak nak pergi, usahkan pergi luar negeri? 

11- Hidup macam perniagaan, modal sekiranya dihabis-gunakan pada sesuatu kurang manfaat, mudah saja perniagaan itu muflis. Zaman muda jangan disiakan, kerana inilah zaman 'emas'.

12-  Hisablah diri anda pada setiap hari, maka hisab anda di akhirat nanti menjadi mudah 

13-"Yakinlah wahai anakku, ilmu yg tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun kamu telah membaca ilmu itu 100 kali & kamu telah menghimpunkan 1000 buah kitab. Kamu belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dgn beramal." [Imam al-Ghazali] 

 14- Iblis kena laknat sebab dia takabbur taknak sujud pada Adam. Tapi manusia tak sujud kepada Allah tentu lagi hebat kena laknat daripada Iblis.

15- Antara tanda-tanda kiamat ialah terbitnya matahari dari barat. Terbitnya matahari ini dari barat, apabila sudah tengah hari dan matahari itu tegak di atas kepala, ia akan turun dan terbenam ke sebelah barat semula. Tidaklah bermaksud bila terbit dari barat dan terbenam ke sebelah timur 

16-Istighfar tidak semestinya menghapuskan dosa yang telah lalu, ia juga menghapuskan dosa yang akan datang.

Apabila dosa sudah diampun, maka istighfar ini menaikkan darjat orang yang mengamalkannya.
Pahala adalah balasan yg diterima seseorang jika ia melakukan perbuatan baik. Dgn catatan ia adalah muslim.
Sedangkan dosa adalah balasan yg diterima seseorang jika ia berbuat jahat baik orang itu muslim atau kafir.

balasan ini ada yg diterima didunia dan ada yg diterima di akhirat, yg pada akhirnya akan diperhitungkan dihari hisab utk menentukan seseorang itu bisa masuk surga atau neraka.
 


17- Adam pernah membuat dosa dengan memakan buah dari pokok khuldi, kemudian dia dikeluarkan dari syurga disebabkan hanya dosa memakan sebiji buah. Bagaimana pula kita yang selalu melakukan dosa sepanjang hari?!! Tentu lagi banyak nikmat yang Allah haramkan disebabkan dosa kita itu.

18- Laknat = Dijauhkan daripada rahmat-Nya.
Rahmat = Belas kasihan Allah terhadap hamba-Nya buat mencapai satu-satu perkara atau menolak sesuatu


19- Kita tahu ular itu berbisa, sebab itulah kita tak berani mendekatinya. Tapi kita berani dekati dosa, itu tanda kita tak kenal Allah 

20- 2 cara mengenal Allah:
1- Memerhatikan makhluk-Nya (sama ada belajar sains, matematik, logistik, etc)
2- Memerhatikan ayat-ayat-Nya (Al-Quran dan Hadis)


21- Bumi, matahari, bulan, semuanya beredar mengelilingi orbit mereka, sebab itulah alam ini teratur. Tak malukah kita, benda yang sebesar matahari itu boleh mengikut perintah Allah, tapi kita yang kecil ini selalu kufur dan berasa tak cukup apa yang Allah bagi?
 
Balasan kebaikan mengikut jenis amal perbuatan. Kalau seorang hamba bersyukur terhadap ilmunya, maka akan bertambah ilmunya. Kalau dia bersyukur pada hartanya, maka akan bertambah hartanya
 


22-Orang-orang kafir yang disebut dalam Al-Quran tidak hanya bermakna orang yang syirik kepada Allah, tetapi ia juga bermakna orang-orang yang berperangai seperti perangai orang yang kafir seperti kufur nikmat, lalai, buruk sangka dengan Allah, putus asa dengan rahmat-Nya. 

23- Iman dan ilmu berkurang dengan kita melakukan dosa, seperti api membakar daun. 

24-Cara dapat rahmat Allah
1- Al-Isobat (mengikut sunnah ie tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan ada maksiat dalam pekerjaan itu)
2- Istiqamah
3- Ikhlas

Ingat, hanya dengan rahmat-Nya kita hidup bahagia. Tanpa rahmat-Nya kita sengsara dunia akhirat.
 


25-Musuh Allah bukan setakat orang-orang kafir, musuh Allah juga ialah sikap malas, jahat, dan sifat-sifat lain yang mazmumah.

26- Kita pernah menang dalam perlumbaan dalam rahim ibu kita dahulu. Itu bermakna kita ini bukan calang-calang orang kerana boleh menang dalam perlumbaan yang disertai berjuta-juta orang 

27- Kitab-kitab ulama dahulu tidak ditulis nama mereka kerana mereka ingin menjaga ikhlas, sebab itulah kitab mereka kekal walaupun sudah 1300 tahun lamanya. Kita bila tulis satu buku, ditulisnya pelbagai degree Hons, MA, PHD, tapi bila kita tak mati lagi orang dah lempar buku kita kerana tidak ikhlas 

28- Ayam, kambing, lembu sahaja yang boleh dijual beli. Kalau manusia juga boleh dijual beli dengan rasuah, maka tentulah manusia lebih sesat daripada binatang-binatang tu

29-Nafsu itu macam kereta, pemandunya pula sama ada kita atau syaitan. Kalau kita yang bawa, tentu sampai ke tempat yang dituju. Kalau syaitan mengawalnya atau dibiarkan begitu sahaja stereng kereta tanpa ada yang mengawalnya tentu akan terbabas. 

30-Tanda-tanda tiba saat kejatuhan seseorang itu ialah apabila mereka mula mengotori hati mereka sendiri.

"Adakah kamu merasa aman dengan perancangan Allah? Tiadalah orang yang aman dengan perancangan Allah kecuali orang-orang yang merugi (diri mereka sendiri)" (Al-A'raf:99)

Perancangan Allah bermakna istidraj Allah.
 


31- Pahala yang sedikit, jangan dipandang enteng kerana kita tidak tahu di mana antara pahala itu terdapat rahmat Allah. Dosa yang sedikit pula jangan dipandang ringan kerana kita tidak tahu di mana antara dosa itu penyebab kepada laknat-Nya

32- Allah menggambarkan seorang Muslim itu ialah seperti pokok kurma(Ibrahim:24-25). Pokok kurma itu tak kiralah sama ada buahnya, akarnya, daunnya atau pada mana-mana bahagian mempunyai manfaat kepada manusia. Begitulah seorang keadaan seorang Muslim yang sejati, pandai dalam segala bidang, dan boleh memanfaatkan pula orang lain.

33-  Zakat kalau disebut dalam surah Makiyyah(surah yang diturunkan sebelum hijrah) bukanlah bermakna mengeluarkan zakat. Kerana zakat hanya diwajibkan pada selepas hijrah. Zakat jika disebut dalam surah Makiyyah bermaksud orang-orang yang menyucikan hati mereka. Contohnya dalam surah Al-Mu'minun:4.

34- Don't give up, the beginning is always the hardest moment

35- Jihad is to push yourself to your extent limit

36- Orang yang bodoh ialah orang yang melakukan sesuatu yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza      

37- Kalaulah Nabi di Mekkah mengingatkan takutlah kepada dunia, apatah lagi kita di Malaysia

38- To dare is to learn

39- Abu Sufian merupakan seorang Sahabat Nabi yang dizalimi. Kebanyakan orang menganggap Abu Sufian ialah musuh Nabi yang paling ketat, kebanyakan orang juga menganggap Abu Sufian menjadi Islam selepas Pembukaan Kota Mekkah. Ini tidak benar sama sekali. Abu Sufian berhijrah ke Madinah, dan dia merupakan seorang sahabat Nabi yang amat disayangi oleh Baginda. Dalam hadis disebutkan Abu Sufian amat sesak hidupnya, bagaimana mungkin seorang pembesar Quraisy hidup sesak? Nak jadi pembesar Quraisy mestilah seorang yang kaya, jadi bagaimana pula dengan hadis yang mengatakan Abu Sufian hidup sesak? Sudah tentu itu bermakna Abu Sufian telah berhijrah ke Madinah, kerana orang yang ingin berhijrah ke Madinah tidak boleh membawa harta mereka dan mesti ditinggalkan di Mekkah. (Ini ringkasan tanpa ulasan panjang)   

40-Ayuhai penuntut ilmu, antum takkan dapat ilmu dengan disertai jasad yang santai kerana ilmu ialah sepayah-payah pekerjaan, puas bertegang urat

41- I will not say I failed 1000 times, I will say that I discovered there are 1000 way that can cause failure

42- Sometimes  bad things in life open up your eyes to the good things you weren't paying attention to before

43-  Falling down is not failure,Staying down is Failure...

44- If the plan doesn't work, change the plan but never the goal 

45- Don't depend too much on anyone in this world. Even your shadow leaves when you're in darkness 

46- Kesungguhan seseorang itu hidup beragama merupakan cara untuk mudah diperkenankan doa. Maksud hidup beragama ialah melakukan perkara-perkara wajib dan perkara-perkara yang sunat 

47- Dalam Al-Quran dan hadis, selalu diingatkan kepada manusia "taatlah kepada Allah mengikut kemampuanmu". Tetapi tiada sikit pun dalil yang mengatakan "tinggallah dosa mengikut kemampuanmu". Ini disebabkan oleh Allah tahu manusia mampu untuk meninggalkan segala bentuk dosa, yang besar mahupun yang kecil. Hanya tabiatnya sahaja yang menyekatnya daripada meninggalkan dosa tu 

48- Cara mendapat Hubbullah(cinta Allah)
1- Istiqamah
2- Meninggalkan perkara yang paling kita suka semata-mata kerana Allah, seperti perkara-perkara yang melalaikan
3- Mengasihani apa yang dikasihi-Nya
4- Memusuhi apa yang dimusuhi-Nya
 


49- Setiap dosa termasuk dalam memerangi Allah dan mencabar kewibawaan-Nya sebagai Tuhan sekelian alam. 

50- Nafsu dikaitkan dengan hawa kerana sesiapa yang mengikut nafsu pasti akan jatuh. Hawa(هوى) dalam bahasa Arab bermaksud jatuh/turun. Bukannya hawa di sini isteri Nabi Adam tu, isteri Nabi Adam tu ejanya begini (حواء) 

51- "Nikmat maksiat itu singkat, tetapi penyesalannya berpanjangan. Sukarnya taat itu pedih tetapi kemanisannya berkekalan. Justeru bermujahadahlah, kita tidak akan kalah selagi tidak mengalah." 


52- Orang yang buat kerja bersungguh-sungguh itu dapat 2 pahala besar
 
 1) Pahala Sabar
 2) Pahala Takwa
 
 P/s Jangan ingat takwa ni sekadar tinggal benda dosa.
 
 Takwa ini satu ungkapan yang merangkumi pelbagai perkara. Dalam Takwa ada lagi beberapa elemen selain ' buat apa yang disuruh tinggal apa dilarang' , seperti: 
 1-Berkorban 2-Takut Allah 3- Berharap padanya 4- Inabah(kembali)
53-Sunnah terbahagi kepada 2
 1- Sunnah Tasyri'e (sunnah yang disyariatkan) : Iaitu sunnah yang tidak akan berubah daripada zaman Nabi sehinggalah sekarang. Seperti: sembahyang berjemaah, memberi salam, berbuat baik
 
 2- Sunnah Ghair Tasyri'e (tidak disyariat) : Iaitu sunnah yang boleh berubah mengikut tempat dan masa. Seperti kalau zaman dahulu pakai unta sebagai kenderaan. Sekarang ini kita guna kereta, tak payah lebai sangat nak pakai unta
54- Jangan difahami Sunnah Nabi itu hanya setakat pakai kopiah, serban, jubah, bersugi dengan kayu sugi.
 
 Makna Sunnah Nabi tu luas, Sunnah Nabi ialah Cara Hidup Nabi, seperti membuat kerja dengan tekun, taqwa, sabar, bertaubat, berdoa, tawakkal, memberi salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali, bergaul dengan orang dengan cara baik, memberi makan dan lain-lain lagi
55- Don't handicap your children by making their lives easy
56- The secret of Success. 1- Stop wishing Start doing
57- Never stop doing little things for others. Sometimes, those little things occupy the biggest part of their heart
58- "Dialah yang mencipta hidup dan mati untuk menguji siapa diantara kamu yang paling BAIK amalannya" (Al-Mulk:2)
 
 Ayat ini menjadi dalil gesaan supaya melakukan pekerjaan dengan kualiti, bukan kuantiti. Baca 10 buku dengan penuh penghayatan lebih baik daripada membaca 100 buku dengan leka
59- Agama Islam ini terbahagi kepada 2 komponen.
 1- Syariat =iaitu amalan-amalan zahir, seperti sembahyang, zakat, puasa, haji, dan sebagainya
 2- Hakikat = iaitu amalan-amalan hati, seperti khusyuk, benar, jujur, berharap, sabar
 
 Orang yang hanya ada syariat tetapi tiada hakikat itu dikenali sebagai munafiq. Orang yang hanya ada hakikat tetapi tiada syariat, itu dikenali sebagai jahil. Orang yang ada kedua-duanya akan terlihat pancaran nur pada wajahnya, bau badannya pula wangi walaupun tidak pakai minyak wangi.
60-Orang yang tidak sanggup menghadapi satu kesusahan, dia tidak akan dapat 1000 kesenangan
61-Kalau kita pergi ke mesin ATM, kalau kita masukkan duit kertas yang berkedut, sudah tentu tidak diterima.
 Macam itu jugalah orang yang suka berhujah dengan hadis Dhoif dan Palsu
62- Semakin banyak ilmu, semakin tinggi jugalah adab seseorang. Kalau banyak ilmu tapi tiada adab, orang ini masih jahil.
63- Mengapa orang kafir tertarik untuk memeluk agama Islam?
 Imam Sya'rawi pernah tanya apa yang menyebabkan seorang mualaf ini masuk Islam. 
 Dia kata bahawa dia masuk Islam kerana melihat kepada sejarah hidup Nabi. Nabi ditawarkan perempuan, harta, pangkat di Mekah, tetapi Nabi menolaknya. Sekiranya Nabi Muhammad ini seorang yang pendusta atau bawa agama Islam semata-mata kerana perempuan, harta, pangkat, sudah tentu Nabi Muhammad ini terima tawaran itu.
 
 Sekiranya Nabi itu berdusta dan hanya membawa agama dongengan, sudah tentu Nabi ini tidur malam lebih nyenyak daripada orang lain dan menyuruh orang lain menjaga rumahnya. Tapi ini tidak benar kerana Nabi selalu bersembahyang tahajud sehinggakan bengkak kaki dan melarang Sahabat-Sahabatnya daripada menjaga rumahnya.
64- God will make a way, where there seems to be no way
65- Dari pengalaman sendiri, kalau kita sentiasa bertakwa, semua kerja kita jadi sangat mudah. Tetapi kalau tak bertakwa, hampir semua kerja yang mudah dilakukan orang lain, kita akan rasa payah, susah tak terkata, asyik gagal, fikiran asyik tak tenang.
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menjadikannya jalan keluar, dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka" (At-Talaq:2-3)
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menjadikan kerjanya mudah"(At-Talaq:4)
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menghapuskan dosanya dan membesarkan balasan kebaikan kepadanya" (At-Talaq:5)
66- Menuntut ilmu itu taqwa
 Menyampaikan ilmu itu ibadah
 Mengulang-ngulang ilmu itu zikir
 Mencari ilmu itu jihad - Imam Ghazali 
 
 p/s rajin2lah mengulang kaji
67- Cara hidup Barat serta pegangan hidup mereka ibarat sebuah kapal yang sedang karam, dan umat Islam kini sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya
68- Dalam Al-Quran ditunjukkan 2 jenis cara berfikir, pemikiran orang Islam dan pemikiran orang Kafir
 1-Evidentand-Opinion based thinking: Iaitu pemikiran yang berteraskan kepada bukti, dalil dan pendapat yang paling jitu. Inilah pemikiran orang Islam, bahkan Allah memuji orang begini dan menyuruh orang berfikir seperti ini. Dalil sila tengok a) dan b)
 
 2- Peer-and-culture based thinking : Iaitu pemikiran yang hanya berteraskan kepada ikut-ikutan kepada adat dan kawan. Inilah pemikiran yang digunapakai oleh orang kafir Musyrik. Pemikiran begini amat tercela di dalam Al-Quran, bahkan orang yang berterusan berfikiran begini dianggap orang yang lalai. Dalil sila tengok c) dan d)
 
69- 
Antara ayat yang banyak disalahertikan oleh sesetengah orang ialah
 
 ومما رزقناهم ينفقون
 "dan (antara ciri-ciri orang bertakwa itu ialah) mereka menginfakkan sebahagian daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka" (Al-Baqarah:3)
 
 Menginfakkan rezeki disini tidak terhad setakat harta, ia merangkumi segala benda yang bermanfaat kepada masyarakat seperti harta, ilmu, tenaga dan lain-lain lagi

70- Tanda kerja itu ikhlas
1- Betul-betul buat kerja itu, bukan angan-angan tapi tak buat
2- Kerja itu istiqamah


71- There are 2 types of pain
1- Pain that hurts you
2- Pain that changes you

72 - If someone really cares about you, they will make an effort not an excuse
73- The world would not be destroyed by those who make devil, but by those who watch them without doing anything.

Saturday 26 January 2013

Bantahan kepada bantahan tauhid 3 serangkai

1) Soalan: Dahulu, bila ada seseorang yang hendak masuk Islam, Rasulullah tidak mengatakan kepadanya bahwa tauhid ada dua macam. Rasulullah tidak pernah mengatakan bahwa engkau tidak menjadi muslim hingga bertauhid dengan tauhid Ulûhiyyah (selain Rubûbiyyah)


Jawapan:  Apa yang hang mengarut ni? Pembahagian tauhid 3 serangkai itu hanyalah dari segi bahasa. Samalah juga Sifat 20, Nabi tak pernah sebut sifat 20, ianya hanya sebagai pembahagian secara bahasa.

2) Soalan : Tauhid 3 serangkai menyamai kaum Kristian, Trinity.

Jawapan: Ini satu lagi dakwaan pelik. Kristian menyamakan Allah, Isa, Maryam sebagai 3 tuhan, dan ia juga adalah 1 tuhan. Bagi mereka

3 tuhan = 1 tuhan

Tapi tauhid 3 tidaklah menyamakan tuhan kepada 3, tauhid 3 hanyalah wasilah untuk sampai kepada tauhid yang sempurna. Zat yang disembah tetap satu.

3) Soalan: Tauhid ini sesat kerana mengatakan orang musyrik itu ahli tauhid, mereka percaya kepada Rububiah, tapi tak percaya kepada Uluhiah.

Jawapan: Ini satu pemahaman yang amat terpesong. Siapa kata mereka ahli tauhid? Mereka itu kafir kerana tidak beriman dengan salah SATU daripada tauhid yang mesti dipercayai, diamal.

Samalah juga orang yang mengingkari salah satu Sifat 20, adakah boleh dia disebut beriman? Atau boleh disebut ahli tauhid? Mestilah tak boleh.
Samalah juga kalau seseorang yang tidak beriman dengan salah satu ayat Allah, maka dia menjadi kafir dengan serta-merta, tiada tauhid baginya, dan tidak digelar ahli tauhid.

4) Soalan : “Dan jika engkau bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan seluruh lapisan langit dan bumi? Maka mereka benar-benar akan menjawab: “Allah” (QS. Luqman: 25)
Ayat ini menceritakan perkataan orang-orang kafir yang mereka katakan hanya di dalam mulut saja, tidak keluar dari hati mereka. Mereka berkata demikian itu karena terdesak tidak memiliki jawaban apapun untuk membantah dalil-dalil kuat dan argumen-argumen yang sangat nyata (bahwa hanya Allah yang berhak disembah). Bahkan, apa yang mereka katakan tersebut (pengakuan ketuhanan Allah) ”secuil”-pun tidak ada di dalam hati mereka, dengan bukti bahwa pada saat yang sama mereka berkata dengan ucapan-ucapan yang menunjukan kedustaan mereka sendiri. Lihat, bukankah mereka menetapkan bahwa penciptaan manfaat dan bahaya bukan dari Allah?! Benar, mereka adalah orang-orang yang tidak mengenal Allah. Dari mulai perkara-perkara sepele hingga peristiwa-peristiwa besar mereka yakini bukan dari Allah, bagaimana mungkin mereka mentauhidkan-Nya?!

Jawapan : Penulis kepada artikel ini menulis dengan penulisan yang bercanggah antara satu sama lain.

Pertama: "Mereka berkata demikian itu karena terdesak tidak memiliki jawaban apapun untuk membantah dalil-dalil kuat dan argumen-argumen yang sangat nyata (bahwa hanya Allah yang berhak disembah)"

Di sini dia kata bahawa orang-orang kafir tu tiada hujah untuk menolak. Then, kalau tiada hujah untuk menolak, mestilah maksudnya mereka itu sudah yakin dalam hati bahawa Allah berhak disembah, sekalipun tidak disebut melalui mulut.

Macam katakan Si A pergi ke Kuala Lumpur, then bila dia balik ke Terengganu, dia cakap kat Si B bahawa dia jumpa KLCC di Kuala Lumpur. Lepas tu Si B tak percaya KLCC berada di KL, then Si A bawa Si B pergi ke KL sendiri untuk lihat KLCC. Mestilah itu bermakna Si B itu sudah benar-benar yakin dalam hati, sekalipun lidah Si B itu mengingkarinya.

Tapi yang peliknya penulis ini mengatakan pula "Bahkan, apa yang mereka katakan tersebut (pengakuan ketuhanan Allah) ”secuil”-pun tidak ada di dalam hati mereka". Ini bercanggah dengan kata-kata di atas.

Adakah penulis artikel ini nak katakan apa yang dibawa oleh Nabi itu rapuh sehingga tak boleh diyakini oleh hati-hati orang musyrik? Atau adakah mereka ingin kata bahawa dakwah Nabi itu sekadar melepas batuk ditangga, tidak dijalankan dengan sempurna?

Itu aku belum buka kitab tafsir nak tengok tafsiran sebenar ayat ini.

Boleh tengok lagi Surah An-Naml ayat 14

"Dan mereka mengingkarinya kerena kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya"

Ini dalil mereka mengaku dalam hati, tapi tidak di lidah.

5) Soalan : ”Lalu mereka berkata sesuai dengan prasangka mereka: ”Ini untuk Allah dan ini untuk berhala-berhala kami”. Maka sajian-sajian yang diperuntukan bagi berhala-berhala mereka tidak sampai kepada Allah; dan saji-sajian yang diperuntukan bagi Allah maka sajian-sajian tersebut sampai kepada berhala mereka” (QS. al-An’am: 136).
Lihat, dalam ayat ini orang-orang musyrik tersebut mendahulukan sesembahan-sesembahan mereka atas Allah dalam perkara-perkara sepele.


Jawapan: Maaflah, saya tak tahu apa itu sepele, dan saya yakin itu bukan bahasa Malaysia, dan apa yang saya tahu Pele ialah tuhan api orang Hawaii.

Ayat yang anda beri itu sudah jelas menunjukkan orang musyrik itu menyembah Allah, dan juga menyembah berhala-berhala (tengok yang di-bold). Dan dalam dalil

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan seluruh lapisan langit dan bumi? Maka mereka benar-benar akan menjawab: “Allah” (QS. Luqman: 25)

menunjukkan bahawa mereka mengaku Rububiah bagi Allah, tetapi mereka syirik dalam Uluhiah kepada-Nya. Problems?

"Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".  (Al-A'raf:70)

6) Soalan: Tujuan kaum Musyabbihah membagi tauhid kepada tiga bagian ini adalah tidak lain hanya untuk mengkafirkan orang-orang Islam ahi tauhid yang melakukan tawassul dengan Nabi Muhammad, atau dengan seorang wali Allah dan orang-orang saleh.


Jawapan: Kami tak kafirkan yang lakukan tawassul dengan Nabi, atau orang soleh, tetapi kami katakan syirik kepada orang yang terpesong dalam doanya. Iaitu mereka yang berdoa kepada selain Allah, contoh "Wahai Abdul Qadir, tolonglah aku sempurnakan hajat aku" atau semisalnya. Inilah syirik yang besar dan nyata.

Dan tiada orang yang mengingkari tauhid 3 kecuali dia mahu berdoa kepada selain Allah.

Dan bab-bab ayat-ayat mutasyabihat, tidak akan dibincangkan dalam topik ini.

7) Soalan :  "”Kami katakan bahwa tidak lain engkau telah diberi keburukan atau dicelakakan oleh sebagian tuhan kami” (QS. Hud: 54)."
Sementara Ibn Taimiyah berkata bahwa dalam keyakinan orang-orang musyrik tentang sesembahan-sesembahan mereka tersebut tidak memberikan manfaat dan bahaya sedikit-pun. Dari mana Ibn Taimiyah berkata semacam ini?! Bukankah ini berarti ia membangkang kepada apa yang telah difirmankah Allah?!

Jawapan :  Dalil Ibnu Taimiyah berkata sedemikian banyak sekali, banyak ayat-ayat tersebut disebut dalam surah-surah Makiyyah, yang diturunkan kepada orang Musyrikin yang mengingkari tauhid Uluhiyah.

"Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur. Katakanlah: "Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)". (Al-An'am:63-64)

"Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur"." (Yunus:22)

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? (Yunus:31)

Dalam tafsir ibnu kathir dalam tafsiran kepada akhir ayat ini: " Apakah kamu tidak takut kepada Allah, dalam keadaan kamu menyembah bersama-Nya yang lain dengan pandangan dan kejahilan kamu sendiri?".

Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? "Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?" Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?"  (Yunus:34-35)
  
"
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya."
(Al-Ankabuut:65)

Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.  (Luqman:32)

Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). (Al-Isra':67)

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya; (Ar-Ruum:33)

Nak lagi??

Sesetengah orang tanya: "Orang-orang kafir dalam ayat-ayat di atas tak ada langsung cakap tuhan mereka takde kuasa!"

Jawabnya: Bahkan ada! Tengoklah, mereka dalam keadaan senang mereka syirik, bila dalam keadaan terdesak di atas kapal ketika ombak membadai dengan kerasnya, mereka berdoa kepada Allah. Mengapa mereka tidak berdoa kepada selain Allah, jika mereka mengaku bahawa  Tuhan mereka dapat menyelamatkan mereka?


Friday 18 January 2013

Jenis-jenis hati

Hati ada 3:
1- Hati yang sihat - iaitu hati yang sejahtera, aman daripada segala maksiat dan kekotoran. Hati ini ialah hati yang merasa sejuk dengan kebaikan, dan membenci apa yang disukai hawa nafsu seperti syahwat, jahil, bid'ah, syubhat. Semua perbuatannya hanyalah menuntu keredhaan-Nya. Hanya orang yang memiliki hati ini masuk syurga(Asy-syua'ara:88-89)


2- Hati yang mati - iaitu hati yang menyukai kebatilan, tidak mengenal Tuhan, tidak mencintai-Nya, dan tidak redha kepada-Nya.


3- Hati yang sakit - hati ini hati yang paling kuat berlaku tarik menarik antara hak dan batil. Jika ia meneguk kebatilan atau fitnah itu, maka hatinya menjadi semakin lemah. Manakala jika dia menempis kebatilan atau fitnah itu, maka hatinya menjadi semakin kuat


Fitnah pula bermakna:
1- Kejahilan
2- Syubhat
3- Syahwat (Keinginan duniawi)
4- Takabur
5- Sum'ah (cinta populariti)
6- Ri'ak (Menunjuk-nunjuk)
7- Hasad dengki
8- Dendam


Akibat hati berpenyakit/mati:
1- Tidak boleh menerima ilmu (At-Taubah:93)
2- Susah faham (At-Taubah:87)
3- Tidak akan menerima hidayah (Al-Munafiqun:6)(Al-An'am:125)
4- Susah memahami Al-Quran (Muhammad:24)(Al-Isra':45-46)
5- Melihat dosa sebagai suatu nikmat (Faathir:8)

Semuanya dari Al-Quran. Tak perlu ragu-ragu kerana Al-Quran ialah doktor hati (Yunus:57)
 

Sunday 6 January 2013

Fadilat Istighfar menurut Al-Quran

Istighfar mempunyai banyak fadilat, dan fadilat ini diterangkan dalam Al-Quran dalam pelbagai ayat.

Antara Fadilat istighfar ialah
1- Menambahkan rezeki terus-menerus (Surah Hud, 11:3)(Surah Nuh, 71:12)
2- Menolak bala (Surah Al-Anfaal, 8:33)
3- Dapat anak (Surah Nuh, 71:12)
4- Menurunkan hujan (Surah Nuh, 71:12)
5- Menambahkan rezeki yang sedia ada (Surah Hud, 11:52)
6- Mendekatkan diri kepada Allah (Surah Hud, 11:61)
7- Menghapuskan dosa (Surah Nuh, 71:10)

Sumbernya semua dari Al-Quran, jadi tak perlu ragu-ragu lagi.
Daripada 'Abdullah bin Busr, bahawasanya ada seorang arab badawi bertanya kepada Rasulullah saw. Sesungguhnya syariat Islam telah banyak aku ketahui, untuk itu beritahukanlah padaku dengan sesuatu yang dapat aku pegang kuat-kuat daripadanya". Beliau menjawab: "Hendaknya lisanmu sentiasa basah dengan dzikrullah Azza wa Jalla" (Riwayat Ahmad:188,190)

Saturday 5 January 2013

Penyakit hati

penyakit ada 2,
1- penyakit badan
2- penyakit hati

penyakit hati pula terbahagi kepada 2
1- penyakit jahil/syak
2- penyakit syahwat

penyakit hati jahil tidak boleh sembuh melainkan kena melalui jalan ilmu, jalan sabar, dan jalan jihad.

penyakit syahwat pula tidak akan sembuh, kecuali dengan sabar, puasa, atau nikah. lagi banyak menahan nafsu, semakin cerah hati. BIla makin cerah hati, makin cepat untuk memahami ilmu, menghafal, khusyuk dan sebagainya.

Friday 4 January 2013

Taqwa

Banyak kali kita dengar kalimah taqwa dalam Al-Quran. Tetapi sikit sekali kita tahu tentang makna sebenar tentang kalimah ini.

Taqwa dari segi bahasa bermaksud menjauhi.

Taqwa ini terdapat beberapa khilaf dalam kalangan ulama' tentang maksudnya, ada yang menafsirkan:

1- orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar
2- ada juga yang menafsirkan, orang-orang yang menjauhi segala perkara yang boleh membuatkannya cinta kepada dunia
3- orang-orang yang menjauhi perkara-perkara yang diragui akan haramnya, dan menjauhi perkara-perkara yang haram.


Alhamdulillahi Rabbil A'lamin

(الحمد لله رب العالمين)

"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam" (Al-Fatihah 2)

Segala puji hanya bagi Allah, maka terkecuali dari pujian ini segala benda yang disembah selainnya. Kemudian Allah mendatangkan pula "Tuhan sekelian alam" supaya kita menjadi takut dengan kebesarannya, tunduk kepada perintahnya.

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita pelbagai nikmat, tetapi banyaknya nikmat ini menyebabkan kita kadang-kadang lupa, dan seakan-akan segala nikmat itu adalah milik kita. Bahkan pada hakikatnya, ia adalah milik Allah. Sebab itulah, setiap hari, setiap waktu diwajibkan bagi manusia ini menyebut-nyebut bahawa segala nikmat ini hanyalah pinjaman dari Allah, dan akan disoal akan sejauh mana kita mensyukuri nikmat itu.

Kemudian didatangkan "رب العالمين", "Tuhan sekelian alam", supaya kita sedar akan kebesaran kerajaan Allah dan supaya kita sedar, sekiranya kita kufur, segala tentera Allah bersiap sedia untuk menyerang kita bila-bila masa.

Thursday 3 January 2013

Syarat terima amalan Ilmu Amal Ikhlas

Inilah tiga perkara yang wajib ada ketika melakukan apa-apa amalan. Dan ketiga-tiga ini merupakan syarat penerimaan amalan itu.

1-Ilmu
2- Amal
3- Ikhlas

Orang Nasara ada amal, tetapi mereka tiada ilmu dalam beramal. Oleh sebab itulah mereka dikategorikan sebagai sesat dalam surah Al-Fatihah

Orang Yahudi pula ada ilmu, tetapi tiada amal. Oleh sebab itulah mereka dikategorikan sebagai "yang dimurkai" dalam surah Al-Fatihah

Orang munafik pada zaman Nabi pula ada ilmu dan amal, tetapi tiada ikhlas.

Orang Islam pula wajib kena laknat Yahudi dan Nasara setiap rakaat dalam sembahyang, menunjukkan ilmu dan amal itu amat penting.


Ramai orang sekarang ini sudah tiada ilmu dalam amalan. Hanya pakai taqlid ikut mazhab, sedangkan taqlid itu sendiri masih terdapat khilaf adakah diterima amalan seseorang yang taqlid yang sudah bertahun-tahun memeluk Islam dan tidak pergi belajar langsung tentang agama.

Disebabkan tiada ilmu, amalan mereka kadang-kadang betul, kadang kadang salah. Bahkan ada yang salah sehingga membatalkan amalan mereka. Inilah apa yang orang takut.

Ismul A'zom bagi Allah

Apa itu Ismul A'zom?

Ismul A'zom secara ringkasnya ialah nama Allah jika didoakan dengan menggunakan nama ini akan dimustajab doa itu.

Dikatakan tidak ramai yang mengetahui tentang nama ini. Dalam sejarah menyebutkan bahawa Asif bin Barkhaya dan Bal'am bin Baura' yang mengetahui nama ini


Terdapat beberapa khilaf dalam kalangan ulama' dalam menentukan apakah ismul a'zom bagi Allah.

Berikut adalah khilafnya:

1 - Allah (الله)
2- Rabbil A'lamin (رب العالمين)
3- Hayyul Qayyum ( الحي القيوم)
4- الم (huruf hijaiyah)

Ini sahaja yang penulis tahu yang khilaf dalam kalangan ulama. Penulis ini masih jahil dan masih gelap

Semoga kita perbanyakkan berdoa! Dan jangan lupa doakan kepada saya supaya ditambah lagi ilmu supaya dapat menulis lebih banyak

Allah, Rahman, Rahim

Dikatakan bahawa Ismul A'zom bagi Allah itu ialah nama Allah itu sendiri, kerana ia mencakupi segala nama dalam Allah dalam pelbagai ayat dalam Al-Quran.

"ولله السماء الحسنى"

"هو الله الذي لا اله ال هو المللك القدوس العزيز"

Diingatkan bahawa kalimah Allah tidak musytaq. Ia tidak terbentuk daripada apa-apa perkataan. Sekiranya ia musytaq, sudah tentu kita tak perlu sebut "alif lam" dalam "Ya Allah". Seperti "Ya Rahman", tidak disebut "Ya Ar-Rahman"

Rahman pula mencakupi seluruh makhluk. Manakala Rahim hanya terhad kepada orang mukmin.

"الرحمن على العرش استوى"

Ini umum.

"وكان بالمؤمنين رحيما"

Ini dikhususkan kepada orang mukmin.