Hati ada 3:
1- Hati yang sihat - iaitu
hati yang sejahtera, aman daripada segala maksiat dan kekotoran. Hati
ini ialah hati yang merasa sejuk dengan kebaikan, dan membenci apa yang
disukai hawa nafsu seperti syahwat, jahil, bid'ah, syubhat. Semua
perbuatannya hanyalah menuntu keredhaan-Nya. Hanya orang yang memiliki
hati ini masuk syurga(Asy-syua'ara:88-89)
2- Hati yang mati - iaitu hati yang menyukai kebatilan, tidak mengenal Tuhan, tidak mencintai-Nya, dan tidak redha kepada-Nya.
3- Hati yang sakit - hati ini hati yang paling kuat berlaku tarik
menarik antara hak dan batil. Jika ia meneguk kebatilan atau fitnah itu,
maka hatinya menjadi semakin lemah. Manakala jika dia menempis
kebatilan atau fitnah itu, maka hatinya menjadi semakin kuat
Fitnah pula bermakna:
1- Kejahilan
2- Syubhat
3- Syahwat (Keinginan duniawi)
4- Takabur
5- Sum'ah (cinta populariti)
6- Ri'ak (Menunjuk-nunjuk)
7- Hasad dengki
8- Dendam
Akibat hati berpenyakit/mati:
1- Tidak boleh menerima ilmu (At-Taubah:93)
2- Susah faham (At-Taubah:87)
3- Tidak akan menerima hidayah (Al-Munafiqun:6)(Al-An'am:125)
4- Susah memahami Al-Quran (Muhammad:24)(Al-Isra':45-46)
5- Melihat dosa sebagai suatu nikmat (Faathir:8)
Semuanya dari Al-Quran. Tak perlu ragu-ragu kerana Al-Quran ialah doktor hati (Yunus:57)
No comments:
Post a Comment