Wednesday 19 July 2017

ADAKAH BUAT DOSA MALAM LAILATULQADAR DIGANDAKAN DOSA TU SERIBU BULAN?


Soalan: Sy nk tanya,adakay benar jika seseorang itu melakukan dosa pada malam Lailatulqadar,maka dosanya akan dilipat kali gandakan?

Jawapan:
Tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa dosa itu berlipat kali ganda, yang adanya hanyalah pahala itu yang akan digandakan dan bukan dosa.

Tapi perlu diketahui, dosa itu boleh berbilang-bilang tapi tidak boleh berganda-ganda. Contohnya jika seseorang itu mencuri pada tempat yang dihormati syarak, contohnya di Mekah. Maka dalam hal ini dia mendapat 2 dosa, iaitu
1- Mencuri
2- Tidak menghormati Mekah

Tapi dosa mencuri itu tidak berganda, dosa mencuri dikira satu dosa, manakala tidak menghormati Mekah itu pula satu dosa lain pula.

Begitu juga jika seseorang itu mencuri di tempat yang dihormati syarak(Mekah), dan pada masa yang berkat(contohnya bulan-bulan haram, atau bulan Ramadan), maka pada ketika ini dia mendapat 3 dosa.
1- Mencuri
2- Tidak menghormati Mekah
3- Tidak menghormati bulan haram, atau bulan Ramadan.

Jadi wajib ke atas setiap orang apabila membuat tiap-tiap dosa di atas, supaya bertaubat setiap satu dosa satu taubat. Tidak cukup bertaubat daripada mencuri sahaja tanpa ada taubat tidak menghormati tempat-tempat dan masa-masa terhormat. Wajib setiap dosa satu taubat.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment