Friday, 11 April 2014

Zaidiyyah

Syiah Zaidi ini amat tersebar luas di Yaman, terutama di kawasan San'aa. Dinisbahkan kepada Zaid bin Ali bin Hasan bin Ali bin Abi Talib, cucu kepada Hasan bin Ali. Dikatakan mereka ini paling dekat dengan Ahli Sunnah.

  3 Imam pertama bagi Zaidiyah ialah Ali bin Abi Talib, Hasan, Husain. Mereka percaya mereka bertiga ini adalah termasuk dalam Al-Kisa' (sesetengah Ahli Sunnah mendhoifkan hadis Al-Kisa' ini, sekalipun terdapat dalam Sohih Muslim).   Imam-imam selepas mereka ialah Zaid dan anaknya Yahya.
Zaidiyah percaya bahawa untuk menjadi salah seorang imam mestilah mempunyai 2 sifat, 1- Alim 2- Menyeru orang menentang kezaliman.

Mereka percaya salah seorang daripada keturunan Hasan atau Husain berhak menjadi Imam, mereka tidak seperti Rafidah yang mempercayai bahawa keimaman itu diwarisi daripada ayah kepada anak.  

Zaidi ialah cabang tertua dari Syiah dan yang terbesar ketika Dinasti Safawi. Dan pada waktu sekarang mereka ialah kedua terbesar.
Mereka tidak mempercayai kemaksuman Imam-imam selepas Husain.
Imam Jaafar, Zaid bin Ali, Abu Hanifa dan Malik beserta dengan 70 ulama lain bersama-sama bekerjasama mengajar di Masjidin Nabawi. Zaid dan Jaafar tidak menulis apa-apa buku, oleh sebab itu Zaidiyah kini yang berasal dari Fatimi, menggunakan mazhab Hanafi sepertimana Sunni. Ajaran Zaid dibukukan dalam kitab Majmu'ul Fiqh.

  Dari segi Akidah pula, Zaidiyah amat dekat dengan Muktazilah. Cuma mereka ada sedikit perbezaan, iaitu mereka mempercayai Keimaman berbeza dengan Muktazilah. Mereka mengakui rukun Syahadah  sepertimana Sunni  اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد رسول الله

Mereka juga mengakui bahawa orang yang melakukan dosa besar tanpa bertaubat, mereka tidak diiktibarkan sebagai Muslim mahupun kafir, mereka berada di tengah-tengah antara Muslim dan Kafir.

Dari segi kepimpinan pula, mereka mengaku orang yang layak menjadi pemimpin ialah dari keturunan Fatimah. Zaidiyah mengaku Zaid bin Ali berhak kepada Imamah kerana dia yang memimpin pemberontakan terhadap Bani Umayyah, yang mereka percaya sebagai zalim dan korup.
Muhammad Al-Baqir tidak mencebur diri dalam bidang politik, oleh sebab itu martabatnya lebih rendah daripada Zaid bin Ali dalam kepercayaan mereka.
Zaidiyah tidak mempercayai keghaiban Imam-imam sepertimana yang dipercayai oleh Rafidah. Zaidiyah mempercayai imam-imam yang zahir.

  Imam Hanafi memberi fatwa membenarkan pemberontakan Zaid bin Ali terhadap Bani Umayyah. Dia juga menyuruh orang ramai supaya membantunya secara rahsia dan memberi bantuan pada Zaid.

Mazhab-mazhab dalam Zaidiyah.

Terdapat perbezaan dalam kalangan Zaidiyah sendiri terhadap kedudukan khalifah sahabat-sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar dan Utsman. Antara mereka yang berkhilaf dalam masalah ini ialah Abu Jarud Ziyad bin Abi Ziyad, Sulaiman bin Jarir, Kathir An-Nawa dan Hasan bin Salih.  

1. Jarudiyyah - mereka ditentang kerana menerima sebahagian sahabat. Mereka menerima bahawa terdapat kenyataan Nabi yang terlalu banyak yang menyokong kekhalifahan Ali sebagai khalifah yang benar selepas kewafatan baginda. Mereka menganggap sahabat-sahabat Nabi telah salah kerana gagal memastikan khalifah yang sebenarnya selepas Nabi dan mereka menafikan kesahan khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman. Walaupun demikian, mereka mengelak daripada mencela mereka. Jarudiyya mencela 2 sahabat Nabi, Talhah dan Zubair kerana pemberontakan terhadap Ali. Jarudiyya amat aktif pada akhir khalifah Umayyah dan permulaan Abbasiyah.  
Jarudiyya ini walaupun amat dominan dalam kalangan Zaidiyah yang kemudian, terutama di Yaman di bawah mazhab kecil Hadawiyah, pandangan ini menjadi pupus di Iraq dan Iran kerana pertukaran kepada Itsna Asyariyyah oleh Dinasti Safawi.

  2. Sulaimaniyyah - memegang bahwa Imamah mesti ditentukan oleh perundingan. Mereka merasakan sahabat  termasuk Abu Bakar dan Umar bersalah kerana gagal mengikut Ali tetapi tidak dikira berdosa  

3. Tabariyyah, Batriyyah dan Salihiyyah ( Kathir An-Nawa, Hasan bin Salih) mereka hampir sama dengan Sulaimaniyyah. Hanya ditambah Utsman dalam golongan orang yang bersalah

Friday, 4 April 2014

Big Bang

Alam semesta ini dan juga segala atom-atom hanyalah terhasil selepas daripada letupan yang besar yang dipanggil Big Bang. Para saintis telah membuat pelbagai ujikaji pada hal ini, sama ada pada kronologi(kejadian peringkat demi peringkat), baki radiasi letupan ini dan bahkan ada yang cuba untuk mengatakan Big Bang ini tidak benar.  

Sesungguhnya kejadian Big Bang ini merupakan suatu permulaan bagi segala benda, manusia, haiwan, bumi, matahari, bulan planet adalah hasil daripada letupan ini. Dan ia juga salah satu tanda-tanda yang menunjukkan kebesaran dan kebijaksanaan Allah mencipta manusia, bagaimana Dia boleh mencipta alam ini daripada tiada kepada ada adalah suatu benda yang amat ajaib dan pelik.  

Pada kejadian Big Bang ini, suhu pada setiap peringkat bagi letupan, bilangan atom, daya yang terlibat dan kadar intensiti daya tersebut terjadi pada suatu yang spesifik, sedikit ralat daripada mana-mana bahagian akan menyebabkan alam ini tidak mungkin wujud, walaupun ralat itu berlaku pada kadar yang dekat pada 0 .

  1. Saat 0 pada umur alam semesta ini. Ketika ini jirim(matter) dan antijirim(antimatter) masih belum wujud. Dan apabila letupan itu berlaku diakui bahawa t(time)= 0 dalam Fizik. Ini bermakna tiada apa yang wujud pada t=0. Perlu diketahui pula segala peraturan-peraturan Fizik tidak boleh digunapakai dalam hal ini, kerana segala peraturan itu hanya wujud selepas itu. Kejadian yang boleh dijelaslan oleh Fizik ialah pada 10^-43 dan ke atas, yang mana ianya ialah angka unit paling kecil bagi masa. Saat ini adalah saat yang tidak boleh difahami manusia kerana terlalu kecil daripada milisaat itu sendiri. Tenaga dan masa hanya boleh dijelaskan pada saat ini. Pada masa ini suhu itu mencecah 10^32 Kelvin, yang mana jika kita bandingkan dengan matahari yang bersuhu 10^8 K, dan bintang yang paling panas yang pernah diketahui pula ialah 10^11 K, suhu ini terlampau panas!  

2. Saat 10^-37, suhu pada masa ini menurun pada 10^29 K. Tiada atom yang tercipta pada saat ini.  

3. Saat 10^-2, suhu pada masa ini menurun pada 100 billion darjah. Partikel seperti proton dan neutron (yang membentuk nukleus) masih belum lagi muncul. Yang ada hanyalah electron dab positron(yang juga dikenali sebagai anti-electron), kerana suhu dan kelajuan alam semesta pada ketika ini hanyalah membenarkan pembentukan partikel-partikel ini.  

4. Saat 10^-1, suhu pada masa ini ialah 30 billion darjah. Neutron, proton dan partikel atom yang lain telah muncul.

  5. Saat 1, ketumpatan pada masa ini amat luar biasa, iaitu 3.8 bilion kg/litre. Yang mana kalau ketumpatan ini wujud di dataran Bumi, ia akan menelan seluruh Bumi ini.

6. Saat 14. Suhu turun pada 3 billion darjah dan terus berkembang pada kelajuan yang luar biasa. Pada peringkat ini nucleus bagi atom, seperti Hydrogen dan Helium telah terbentuk. Proton dan neutron telah mendapat keadaan yang selamat bagi kewujudan mereka, dan pada masa yang sama, proton dan neutron telah mula bergabung sesama mereka bagi membentuk atom.

  7. 3 minit 2 saat. Suhu pada masa ini ialah 1 billion darjah. Saat ini partikel-partikel seperti photon, proton, antiproton, neutrino, antineutrino amat banyak. Kuantiti kesemua partikel dan interaksi mereka untuk membentuk atom amat kritikal. Jika terdapat ralat, ia akan memusnahkan peringkat tenaga dan menghalang pertukaran tenaga kepada jirim.
Contoh kita ambil, apabila electron dan positron bertembung, ia akan menghasilkan tenaga. Contoh 10 electron bertembung 8 positron, tenaga terhasil dan pada akhirnya 2 electron terbebas.

Memandangkan electron ialah komponen bagi atom, ia diperlukan dalam kuantiti tertentu untuk membentuk alam ini. Sebaliknya jika kita katakan positron melebihi electron, positron akan menjadi bahan lebihan dan tenaga dihasilkan tetapi ia alam semesta tidak akan tercipta. Jika jumlahnya sama pula maka hanya tenaga yang dilepaskan dan alam juga tidak akan tercipta.  

8. 34 minit 40 saat. Suhu telah jatuh pada 300 juta darjah, manakala positron dan electron masih berterusan menghasilkan tenaga. Ketikamana kadar letupan itu makin berkurang, partikel-partikel ini akan saling berinteraksi. Atom hydrogen mula terbentuk daripada electron yang menetap pada proton.  

Setiap partikel yang dicipta selepas letupan itu tercipta pada masa, suhu, kelajuan yang spesifik, jika terdapat ralat alam semesta ini tidak mungkin terbentuk. Seperti kata-kataa Stephen Hawking

"If the rate of expansion one second after the big bang had been smaller by even one part in a hundred thousand million million, the universe would have recollapsed before it ever reached its present size."

  Ramai saintis mengakui bahawa kejadian permulaan bagi alam ini adalah hasil campurtangan yang Maha Bijaksana, seperti kata Hugh Ros  

"By definition, time is that dimension in which cause-and-effect phenomena take place. No time, no cause and effect. If time's beginning is concurrent with the beginning of the universe, as the space-time theorem says, then the cause of the universe must be some entity operating in a time dimension completely independent of and pre-existent to the time dimension of the cosmos. …It tells us that the Creator is transcendent, operating beyond the dimensional limits of the universe. It tells us that God is not the universe itself, nor is God contained within the universe"   "Within two years, Lemaître heard the news he had scarcely dared hope for. Hubble had observed that the light from galaxies was red shifted, and, according to Doppler effect, this had to mean the universe was expanding. Now it was only a matter of time. Einstein was interested in Hubble's work anyway and resolved to visit him at the Mount Wilson Observatory. Lemaître arranged to give a lecture at the California Institute of Technology at the same time, and managed to corner Einstein and Hubble together. He argued his "primeval atom" theory carefully, step by step, suggesting that the whole universe had been created "on a day which had no yesterday." Painstakingly he worked through all the mathematics. When he had finished he could not believe his ears. Einstein stood up and announced that what he had just heard was "the most beautiful and satisfying interpretation I have listened to" and went on to confess that creating the "cosmological constant" was "the biggest blunder" of his life."(Stephen Hawking's Universe: The Cosmos Explained, m/s 85-86)

Dan sebenarnya kejadian BigBang ini telah lama disebutkan Allah dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu.  

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu (pada asalnya) bercantum, lalu kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Kenapa mereka tidak mahu beriman?"(Al-Anbiya' 21:30)  

Expansion of universe  

"Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami, dan Kami jualah yang sedang meluaskannya"(Az-Zariyaat 51:47)

Friday, 28 March 2014

Matahari

Dalam Al-Quran disebutkan bahawa matahari menghasilkan cahayanya sendiri, manakala bulan memantulkan cahaya.  

"Dialah yang menjadikan matahari 'dhiya' manakala bulan (dia menjadikannya) 'nur'"(Yunus:5)

  Dalam bahasa Arab, maksud perkataan 'dhiya' ialah bercahaya, dan cahaya ia itu terhasil daripada dirinya sendiri. Manakala perkataan 'nur' bermaksud bercahaya, tetapi cahaya itu adalah hasil pantulan daripada sumber cahaya yang lain.

  Dalam Al-Quran juga menyebutkan bahawa matahari itu akan malap apabila bahan bakar habis.  
"Apabila matahari itu dipadatkan sehingga menjadi gelap"(At-Takwiir:1)  

Analisis menunjukkan bahawa matahari menghasilkan nuclear reaction secara konstan selama 5 juta tahun, dan akhirnya akan mati. Nuclei hydrogen bertukar kepada helium ketika proses nuclear fusion. Apabila teras bintang itu berlaku kemusnahan dari dalam, ia akhirnya menjadi cukup panas untuk menyalakan atom lain iaitu helium. Helium akan bergabung menjadi karbon. Apabila helium sudah habis, bahagian tengah matahari akan mengembang. Matahari tidak cukup besar untuk menyalakan sekali lagi terasnya itu, jadi ia mengembang dan menghancurkan layernya. Terasnya yang mati itu akan menjadi white dwarf (yang terjadi daripada carbon dan oxygen). Pada peringkat ini matahari akan sedikit demi sedikit menjadi malap sehingga betul-betul gelap

Friday, 21 March 2014

Orbit

Antara yang menunjukkan keharmonian dan keseimbangannya alam cakeralawa ini ialah orbit. Terdapat lebih daripada 100 billion galaksi di luar sana, dan setiap galaksi kecil paling kurang akan ada 1 billion bintang, manakala galaksi besar pula paling kurang akan ada 1 trillion bintang.

  Sistem Suria dan Bumi beredar lebih 500 juta kilometer (310 juta batu) daripada tempat mereka pada tahun sebelumnya .

  Tetapi yang paling menakjubkan, setiap jasad cakerawala seperti galaksi, bintang, komet, planet termasuklah Sistem Suria berserta dengan Bumi semuanya beredar di atas orbit yang penuh harmoni tanpa berlaku cacat cela dan perlanggaran.
Saintis telah pun mengira bahawa jika berlaku walau sedikitpun ralat daripada jasad cakerawala ini, ia akan mengakibatkan kemusnahan seluruh sistem alam ini. Seperti pergerakan Bumi.

  Bumi akan bergerak dengan kelajuan 1770km/saat. Pada setiap 18 batu pergerakannya, ia akan condong pada angka yang tetap 2.8 milimeter. Jika angka ini hanya kurang 0.3mm daripada angka sebenar 2.8 mm, maka orbit akan menjadi semakin besar dan Bumi ini akan menjadi beku. Jika angka itu lebih 0.3 mm, maka seluruh dunia akan terbakar.   Matahari pula bergerak dengan kelajuan 720 000 km per jam pada arah bintang Vega di atas orbit tertentu yang dinamakan Solar Apex mengelilingi Milky Way. Amat benar sekali fakta Al-Quran  

"dan Matahari itu berjalan di tempat peredarannya. Begitulah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui" (Yasiin:38)  

Amat mustahil jika dikatakan bahawa Nabi Muhammad itu pernah menoropong jauh ke ruang angkasa atau memerhatikannya sehingga boleh mengetahui bintang, komet, galaksi, planet itu mempunyai orbit.
Ditambah lagi Nabi Muhammad itu ialah seorang yang buta huruf dan zaman yang Baginda hidup itu bukanlah sebuah zaman ketamadunan ilmu. Tetapi ini semua telah dijelaskan oleh yang Maha Mengetahui seperti yang ditunjukkan pada ayat di bawah

  "dan demi langit yang mempunyai jalan-jalan"(Az-Zariyaat:7)

Monday, 3 February 2014

Beberapa persoalan tentang solat

 ? Adakah boleh meninggalkan solat jika sakit yang terlalu teruk

Jawapan: Tidak boleh meninggalkan solat walau apa jua keadaan. Di dalam Islam jika seseorang itu tidak mampu untuk solat berdiri maka dia boleh solat sambil duduk, jika tidak mampu dia boleh solat sambil berbaring. Jika tidak mampu juga maka dia boleh sembahyang menggunakan isyarat, jika tidak mampu juga dia wajib sembahyang dengan gerakan mata dan berniat dengan hati.

Amat kasihan sekali sesetengah orang, apabila sudah masuk wad, mereka tidak mahu sembahyang dan mereka kata mereka akan qadha selepas sakit.

       Dalam Islam, dalam medan perang itu pun diwajibkan sembahyang, apatah lagi ketika sakit

Bolehkah sembahyang tahiyatul masjid pada waktu-waktu terlarang
.Jawapan: 
Solat tahiyatu
  masjid boleh dilakukan pada bila-bila waktu, sekalipun pada waktu terlarang. Inilah pendapat yang paling. tepatl


Saya sudah melakukan solat sunat witir sebelum tidur pada waktu malam. Adakah boleh saya melakukan solat witir lagi sekiranya saya bangun dari tidur

Jawapan:
Sekiranya anda sudah melakukan solat witir sebelum tidur, maka tidak boleh melakukannya lagi. Berdasarkan hadis Nabi

لا وتران في ليلة
"Tidak boleh ada dua witir pada satu malam"


Thursday, 3 October 2013

Tips Istiqamah


Ramai bertanya kepada aku, macam mana nak istiqamah? Macam mana mahu buat satu 'habit' atau sikap baru? Sounds cliche, tapi itulah ramai yang merana tak dapat buat sesuatu dengan istiqamah. Tapi inilah hasil coretan aku selepas cuba berhempas-pulas mencari tips dan buat eksperimen berkali-kali.
Contohlah kalau kita mahu menjadi seorang 'bookworm', atau gila membaca.
1- Apa yang penting dalam mahu istiqamah ialah JANGAN ADA BOSAN! Kalau initially pada hari pertama kita dah baca 1000 muka surat, kemungkinan besar kita akan cepat bosan dan terus putus semangat untuk terus istiqamah.
Tips pertama: Mulakan dahulu dengan sedikit, contoh 10 muka surat sehari agar perasaan bosan tidak datang dan 'tarry'(baca: koyak) semangat untuk istiqamah.
Kemudian apabila anda sudah berjaya istiqamah baca 10 muka surat selama 20 hari, tambahkan 5 muka surat. Kemudian bila sudah berjaya istiqamah baca 15 m/s selama 20 hari pula, tambahkan pula 10 m/s. Dengan itu dalam masa 40 hari anda sudah berjaya untuk istiqamah baca 25m/s pada setiap hari. 25 x 365 = 9125 m/s. Anggarkan sebuah buku ada 200 m/s, itu bermakna anda sudah berjaya baca 45 buah buku setahun!!
Seperti sabda Nabi, “Buatlah sesuatu menurut kemampuanmu. Demi Allah! Dia tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga kamu sendiri yang bosan mengerjakan pekerjaanmu. Dan amal yang paling disukai Allah ialah yang dikerjakan secara tetap (berterusan) oleh pelakunya.” (Sahih Bukhari, kitab ilmu)

2- Masalah yang biasa dialami orang yang mahu istiqamah ialah PROCRASTINATION(sikap buat kerja bertangguh). Orang yang buat kerja bertangguh akan mendapati hasil kerjanya tiada kualiti dek membuat kerja terburu-buru, dan akhirnya timbul dalam benak "baik aku tak payah buat benda ni, benci dan membosankan!". Akhirnya semangat untuk istiqamah mereka luntur, dan mereka tidak berjaya cipta 'habit' baru.
Kegagalan untuk dedikasi kepada masa bererti gagal untuk berjaya.
Tips kedua: Adalah amat baik sekali kalau orang yang mahu istiqamah itu, membuat pekerjaannya on-time(baca:punctual). Tetapkan satu masa yang mana masa itu ialah masa yang paling otak anda fresh, dan anda boleh buat kerja itu secara bersemangat. Kalau ikut kitab para ulama, masa yang amat baik ialah pada waktu separuh akhir malam dan yang terbaik ialah waktu 1/3 malam, kerana pada waktu itu rahmat turun (mereka para ulama biasa tidur setelah solat Isyak, dan bangun separuh akhir malam. Sunnah Nabi juga tidur terus selepas Isyak, kecuali untuk menuntut ilmu atau mengulangkaji)

3- Biasanya akan datang perasaan 'MALAS NAK BUAT' ketika dalam proses beristiqamah. Sebenarnya perasaan ini datang sebagai ujian Allah kepada hambanya. Dia datangkan perasaan ini pertama-tamanya untuk melihat sama adakah benar hamba-Nya ini betul-betul mahukan istiqamah atau tidak. Kerana istiqamah itu balasannya Syurga, dan Syurga amat susah didapati melainkan daripada orang yang ikhlas dan sabar.
Apabila anda gagal menangani perasaan malas ini, ingatlah anda akan berasa lebih ringan lagi keesokan harinya untuk meninggalkan istiqamah.
Bak kata Allah "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka ISTIQAMAH akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa : "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Fussilat:30-31)

Tips ketiga: Sebaiknya apabila datang perasan ini, terus ingatkan balik "Ini adalah ujian Allah untuk melihat sama ada aku sabar atau tidak. Jika aku tidak sabar, samalah nilai diriku dengan lembu, anjing, babi dan sebagainya kerana mereka tiada sifat sabar".

4- Apa yang paling penting ketika istiqamah ialah KUALITI pekerjaan itu. Kalau proses istiqamah anda melibatkan ilmu, edukasi, adalah amat baik sekali jika anda share with peers(baca: berkongsi ilmu) itu dengan orang lain, sama ada tulis dalam Facebook, Blog, Twitter, berhujah, berbincang dan sebagainya. Dalam kitab Ta'lim Mutallim(kitab cara belajar), berhujah atau berdebat itu adalah lebih baik daripada mengulangkaji ilmu yang sama selama satu bulan, kerana melalui berhujah dan berbincang terdapat pengulangan yang lebih kukuh dan mantap. Juga melalui debat kita dapat menguasai sesuatu ilmu secara lebih cepat, disamping melatih akal fikiran berfikir secara intense(baca:dalam)

5- Penting sekali untuk buat REPORT tentang kesuksessan kita untuk dedikasi kepada istiqamah. Kerana report itu penting sebagai self-motivation tool.
Tips kelima: Sediakan sebuah buku kecil untuk menulis sama ada anda berjaya atau tidak hari ini untuk membaca 10 m/s buku misalnya. Contoh report yang elok

25/9 Success. Punctual.
26/9 Fail. Tidur lambat, bangun lewat
27/9 Success. Procrastinate
28/9 Fail. Terlalu banyak membazir masa
29/9 Fail. Kuat Facebooking

 

Saturday, 9 February 2013

komen terbaik di facebook

 Dibenarkan copy paste

1- Al-Quran ialah percakapan Allah, ia merupakan percakapan orang yang hebat. Hanya orang yang hebat memahami kalam orang yang hebat, tetapi mereka yang kurang ilmunya memandang Al-Quran sebagai tulisan biasa yang banyak mengandungi repitisi cerita yang serupa. Sedangkan setiap repitisi itu tidaklah menunjukkan kurangnya ilmu Allah, tetapi setiap repitisi itu mengandungi rahsia yang hanya difahami oleh orang yang selalu mentadabbur kitab-Nya. 

2-Akidah boleh berkurang dengan melakukan maksiat. Selepas melakukan maksiat, perasaan Allah Maha Agung itu semakin berkurang dalam diri, akhirnya jika terus dalam maksiat itu, perasaan itu hilang. Bila perasaan itu hilang, maka dunia menjadi matlamat. Apabila dunia menjadi matlamat, maka segala benda akan dilakukan demi dunia sehinggakan puasa dilakukan kerana dunia. Dan jika demikian maka tiada terlepaslah ia daripada sekian kekufuran. 

3- Orang sekarang ni bila mati mak ayah, disuruhnya baca yasin hantar kepada mereka. Sedangkan segala kebaikan yang kita buat, akan sampai kepada ibu bapa tak kira dimana. Walaupun beratus-ratus keturunan sekalipun, akan tetap sampai kepada ibu dan ayah

4- Ramai orang yang salah faham tentang makna sebenar zikir. Mereka ingatkan zikir ini hanyalah subhanallah, Alhamdulillah, Allhuakbar. Tidak, zikir ini meluas lagi maknanya. Termasuk dalam zikir ialah : belajar, memikir tentang kebesaran Allah, memikirkan halal haram sesuatu perkara, sembahyang, dan banyak lagi.

5- Hidup macam roda. Orang yang naik, dia kena bersiap sedia untuk turun. Orang yang jatuh, dia kena bersiap sedia untuk naik. Semua orang akan mengalaminya.

6- Iblis kena laknat sebab dia takabbur taknak sujud pada Adam. Tapi manusia tak sujud kepada Allah tentu lagi hebat kena laknat daripada Iblis. 

Pertolongan Allah datang kepada orang-orang yang selalu bertaqwa dan selalu berbuat kebajikan (Tafsir akhir ayat surah An-Nahl)

Ini pertolongan Allah, bukan pertolongan manusia. Kalau Allah tolong, siapa lagi dapat kalahkan kita?
 


7- Setiap sunnah ada rahmat dan kejayaan. Siapa yang mencari jalan selain jalan Nabi tidak akan mendapat pertolongan Allah

8- Iman dan ilmu itu macam pokok. Jika tidak dijaga akan layu dan mati. Tetapi sekiranya dijaga akan membuahkan iman-iman dan ilmu-ilmu yang baru. 

9- Sikap takabbur atau bangga diri ialah sikap yang paling susah untuk dibuang dalam diri. Kadang-kadang seseorang diuji dengan nikmat supaya ia bersyukur, tetapi jika ia takabbur, dan mengatakan bahawa segala pencapaiannya adalah berpunca daripada usaha, atau ilmu diri sendiri, maka ketika itulah bala itu datang agar dia tunduk kembali. Katakanlah "Alhamdulillah" dengan hati dan lisan anda bahawa segalanya berpunca daripada rahmat Allah. Tanpa rahmat dan perhatiannya, binasalah kita, kerana kita hidup hanyalah bersandar padanya. 

10- Dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi, disebut tentang cerita Nabi Musa mencari ilmu pengetahuan. Sehingga beliau berkata dia akan mencari Khadir ini sampai dapat walaupun terpaksa berjalan bertahun-tahun. Renungkanlah, seorang Nabi yang sudah penuh ilmu pengetahuan masih mahu belajar lagi, bagaimana pula dengan kita yang jahil ini? Orang mengajar sebelah rumah pun tak nak pergi, usahkan pergi luar negeri? 

11- Hidup macam perniagaan, modal sekiranya dihabis-gunakan pada sesuatu kurang manfaat, mudah saja perniagaan itu muflis. Zaman muda jangan disiakan, kerana inilah zaman 'emas'.

12-  Hisablah diri anda pada setiap hari, maka hisab anda di akhirat nanti menjadi mudah 

13-"Yakinlah wahai anakku, ilmu yg tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun kamu telah membaca ilmu itu 100 kali & kamu telah menghimpunkan 1000 buah kitab. Kamu belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dgn beramal." [Imam al-Ghazali] 

 14- Iblis kena laknat sebab dia takabbur taknak sujud pada Adam. Tapi manusia tak sujud kepada Allah tentu lagi hebat kena laknat daripada Iblis.

15- Antara tanda-tanda kiamat ialah terbitnya matahari dari barat. Terbitnya matahari ini dari barat, apabila sudah tengah hari dan matahari itu tegak di atas kepala, ia akan turun dan terbenam ke sebelah barat semula. Tidaklah bermaksud bila terbit dari barat dan terbenam ke sebelah timur 

16-Istighfar tidak semestinya menghapuskan dosa yang telah lalu, ia juga menghapuskan dosa yang akan datang.

Apabila dosa sudah diampun, maka istighfar ini menaikkan darjat orang yang mengamalkannya.
Pahala adalah balasan yg diterima seseorang jika ia melakukan perbuatan baik. Dgn catatan ia adalah muslim.
Sedangkan dosa adalah balasan yg diterima seseorang jika ia berbuat jahat baik orang itu muslim atau kafir.

balasan ini ada yg diterima didunia dan ada yg diterima di akhirat, yg pada akhirnya akan diperhitungkan dihari hisab utk menentukan seseorang itu bisa masuk surga atau neraka.
 


17- Adam pernah membuat dosa dengan memakan buah dari pokok khuldi, kemudian dia dikeluarkan dari syurga disebabkan hanya dosa memakan sebiji buah. Bagaimana pula kita yang selalu melakukan dosa sepanjang hari?!! Tentu lagi banyak nikmat yang Allah haramkan disebabkan dosa kita itu.

18- Laknat = Dijauhkan daripada rahmat-Nya.
Rahmat = Belas kasihan Allah terhadap hamba-Nya buat mencapai satu-satu perkara atau menolak sesuatu


19- Kita tahu ular itu berbisa, sebab itulah kita tak berani mendekatinya. Tapi kita berani dekati dosa, itu tanda kita tak kenal Allah 

20- 2 cara mengenal Allah:
1- Memerhatikan makhluk-Nya (sama ada belajar sains, matematik, logistik, etc)
2- Memerhatikan ayat-ayat-Nya (Al-Quran dan Hadis)


21- Bumi, matahari, bulan, semuanya beredar mengelilingi orbit mereka, sebab itulah alam ini teratur. Tak malukah kita, benda yang sebesar matahari itu boleh mengikut perintah Allah, tapi kita yang kecil ini selalu kufur dan berasa tak cukup apa yang Allah bagi?
 
Balasan kebaikan mengikut jenis amal perbuatan. Kalau seorang hamba bersyukur terhadap ilmunya, maka akan bertambah ilmunya. Kalau dia bersyukur pada hartanya, maka akan bertambah hartanya
 


22-Orang-orang kafir yang disebut dalam Al-Quran tidak hanya bermakna orang yang syirik kepada Allah, tetapi ia juga bermakna orang-orang yang berperangai seperti perangai orang yang kafir seperti kufur nikmat, lalai, buruk sangka dengan Allah, putus asa dengan rahmat-Nya. 

23- Iman dan ilmu berkurang dengan kita melakukan dosa, seperti api membakar daun. 

24-Cara dapat rahmat Allah
1- Al-Isobat (mengikut sunnah ie tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan ada maksiat dalam pekerjaan itu)
2- Istiqamah
3- Ikhlas

Ingat, hanya dengan rahmat-Nya kita hidup bahagia. Tanpa rahmat-Nya kita sengsara dunia akhirat.
 


25-Musuh Allah bukan setakat orang-orang kafir, musuh Allah juga ialah sikap malas, jahat, dan sifat-sifat lain yang mazmumah.

26- Kita pernah menang dalam perlumbaan dalam rahim ibu kita dahulu. Itu bermakna kita ini bukan calang-calang orang kerana boleh menang dalam perlumbaan yang disertai berjuta-juta orang 

27- Kitab-kitab ulama dahulu tidak ditulis nama mereka kerana mereka ingin menjaga ikhlas, sebab itulah kitab mereka kekal walaupun sudah 1300 tahun lamanya. Kita bila tulis satu buku, ditulisnya pelbagai degree Hons, MA, PHD, tapi bila kita tak mati lagi orang dah lempar buku kita kerana tidak ikhlas 

28- Ayam, kambing, lembu sahaja yang boleh dijual beli. Kalau manusia juga boleh dijual beli dengan rasuah, maka tentulah manusia lebih sesat daripada binatang-binatang tu

29-Nafsu itu macam kereta, pemandunya pula sama ada kita atau syaitan. Kalau kita yang bawa, tentu sampai ke tempat yang dituju. Kalau syaitan mengawalnya atau dibiarkan begitu sahaja stereng kereta tanpa ada yang mengawalnya tentu akan terbabas. 

30-Tanda-tanda tiba saat kejatuhan seseorang itu ialah apabila mereka mula mengotori hati mereka sendiri.

"Adakah kamu merasa aman dengan perancangan Allah? Tiadalah orang yang aman dengan perancangan Allah kecuali orang-orang yang merugi (diri mereka sendiri)" (Al-A'raf:99)

Perancangan Allah bermakna istidraj Allah.
 


31- Pahala yang sedikit, jangan dipandang enteng kerana kita tidak tahu di mana antara pahala itu terdapat rahmat Allah. Dosa yang sedikit pula jangan dipandang ringan kerana kita tidak tahu di mana antara dosa itu penyebab kepada laknat-Nya

32- Allah menggambarkan seorang Muslim itu ialah seperti pokok kurma(Ibrahim:24-25). Pokok kurma itu tak kiralah sama ada buahnya, akarnya, daunnya atau pada mana-mana bahagian mempunyai manfaat kepada manusia. Begitulah seorang keadaan seorang Muslim yang sejati, pandai dalam segala bidang, dan boleh memanfaatkan pula orang lain.

33-  Zakat kalau disebut dalam surah Makiyyah(surah yang diturunkan sebelum hijrah) bukanlah bermakna mengeluarkan zakat. Kerana zakat hanya diwajibkan pada selepas hijrah. Zakat jika disebut dalam surah Makiyyah bermaksud orang-orang yang menyucikan hati mereka. Contohnya dalam surah Al-Mu'minun:4.

34- Don't give up, the beginning is always the hardest moment

35- Jihad is to push yourself to your extent limit

36- Orang yang bodoh ialah orang yang melakukan sesuatu yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza      

37- Kalaulah Nabi di Mekkah mengingatkan takutlah kepada dunia, apatah lagi kita di Malaysia

38- To dare is to learn

39- Abu Sufian merupakan seorang Sahabat Nabi yang dizalimi. Kebanyakan orang menganggap Abu Sufian ialah musuh Nabi yang paling ketat, kebanyakan orang juga menganggap Abu Sufian menjadi Islam selepas Pembukaan Kota Mekkah. Ini tidak benar sama sekali. Abu Sufian berhijrah ke Madinah, dan dia merupakan seorang sahabat Nabi yang amat disayangi oleh Baginda. Dalam hadis disebutkan Abu Sufian amat sesak hidupnya, bagaimana mungkin seorang pembesar Quraisy hidup sesak? Nak jadi pembesar Quraisy mestilah seorang yang kaya, jadi bagaimana pula dengan hadis yang mengatakan Abu Sufian hidup sesak? Sudah tentu itu bermakna Abu Sufian telah berhijrah ke Madinah, kerana orang yang ingin berhijrah ke Madinah tidak boleh membawa harta mereka dan mesti ditinggalkan di Mekkah. (Ini ringkasan tanpa ulasan panjang)   

40-Ayuhai penuntut ilmu, antum takkan dapat ilmu dengan disertai jasad yang santai kerana ilmu ialah sepayah-payah pekerjaan, puas bertegang urat

41- I will not say I failed 1000 times, I will say that I discovered there are 1000 way that can cause failure

42- Sometimes  bad things in life open up your eyes to the good things you weren't paying attention to before

43-  Falling down is not failure,Staying down is Failure...

44- If the plan doesn't work, change the plan but never the goal 

45- Don't depend too much on anyone in this world. Even your shadow leaves when you're in darkness 

46- Kesungguhan seseorang itu hidup beragama merupakan cara untuk mudah diperkenankan doa. Maksud hidup beragama ialah melakukan perkara-perkara wajib dan perkara-perkara yang sunat 

47- Dalam Al-Quran dan hadis, selalu diingatkan kepada manusia "taatlah kepada Allah mengikut kemampuanmu". Tetapi tiada sikit pun dalil yang mengatakan "tinggallah dosa mengikut kemampuanmu". Ini disebabkan oleh Allah tahu manusia mampu untuk meninggalkan segala bentuk dosa, yang besar mahupun yang kecil. Hanya tabiatnya sahaja yang menyekatnya daripada meninggalkan dosa tu 

48- Cara mendapat Hubbullah(cinta Allah)
1- Istiqamah
2- Meninggalkan perkara yang paling kita suka semata-mata kerana Allah, seperti perkara-perkara yang melalaikan
3- Mengasihani apa yang dikasihi-Nya
4- Memusuhi apa yang dimusuhi-Nya
 


49- Setiap dosa termasuk dalam memerangi Allah dan mencabar kewibawaan-Nya sebagai Tuhan sekelian alam. 

50- Nafsu dikaitkan dengan hawa kerana sesiapa yang mengikut nafsu pasti akan jatuh. Hawa(هوى) dalam bahasa Arab bermaksud jatuh/turun. Bukannya hawa di sini isteri Nabi Adam tu, isteri Nabi Adam tu ejanya begini (حواء) 

51- "Nikmat maksiat itu singkat, tetapi penyesalannya berpanjangan. Sukarnya taat itu pedih tetapi kemanisannya berkekalan. Justeru bermujahadahlah, kita tidak akan kalah selagi tidak mengalah." 


52- Orang yang buat kerja bersungguh-sungguh itu dapat 2 pahala besar
 
 1) Pahala Sabar
 2) Pahala Takwa
 
 P/s Jangan ingat takwa ni sekadar tinggal benda dosa.
 
 Takwa ini satu ungkapan yang merangkumi pelbagai perkara. Dalam Takwa ada lagi beberapa elemen selain ' buat apa yang disuruh tinggal apa dilarang' , seperti: 
 1-Berkorban 2-Takut Allah 3- Berharap padanya 4- Inabah(kembali)
53-Sunnah terbahagi kepada 2
 1- Sunnah Tasyri'e (sunnah yang disyariatkan) : Iaitu sunnah yang tidak akan berubah daripada zaman Nabi sehinggalah sekarang. Seperti: sembahyang berjemaah, memberi salam, berbuat baik
 
 2- Sunnah Ghair Tasyri'e (tidak disyariat) : Iaitu sunnah yang boleh berubah mengikut tempat dan masa. Seperti kalau zaman dahulu pakai unta sebagai kenderaan. Sekarang ini kita guna kereta, tak payah lebai sangat nak pakai unta
54- Jangan difahami Sunnah Nabi itu hanya setakat pakai kopiah, serban, jubah, bersugi dengan kayu sugi.
 
 Makna Sunnah Nabi tu luas, Sunnah Nabi ialah Cara Hidup Nabi, seperti membuat kerja dengan tekun, taqwa, sabar, bertaubat, berdoa, tawakkal, memberi salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali, bergaul dengan orang dengan cara baik, memberi makan dan lain-lain lagi
55- Don't handicap your children by making their lives easy
56- The secret of Success. 1- Stop wishing Start doing
57- Never stop doing little things for others. Sometimes, those little things occupy the biggest part of their heart
58- "Dialah yang mencipta hidup dan mati untuk menguji siapa diantara kamu yang paling BAIK amalannya" (Al-Mulk:2)
 
 Ayat ini menjadi dalil gesaan supaya melakukan pekerjaan dengan kualiti, bukan kuantiti. Baca 10 buku dengan penuh penghayatan lebih baik daripada membaca 100 buku dengan leka
59- Agama Islam ini terbahagi kepada 2 komponen.
 1- Syariat =iaitu amalan-amalan zahir, seperti sembahyang, zakat, puasa, haji, dan sebagainya
 2- Hakikat = iaitu amalan-amalan hati, seperti khusyuk, benar, jujur, berharap, sabar
 
 Orang yang hanya ada syariat tetapi tiada hakikat itu dikenali sebagai munafiq. Orang yang hanya ada hakikat tetapi tiada syariat, itu dikenali sebagai jahil. Orang yang ada kedua-duanya akan terlihat pancaran nur pada wajahnya, bau badannya pula wangi walaupun tidak pakai minyak wangi.
60-Orang yang tidak sanggup menghadapi satu kesusahan, dia tidak akan dapat 1000 kesenangan
61-Kalau kita pergi ke mesin ATM, kalau kita masukkan duit kertas yang berkedut, sudah tentu tidak diterima.
 Macam itu jugalah orang yang suka berhujah dengan hadis Dhoif dan Palsu
62- Semakin banyak ilmu, semakin tinggi jugalah adab seseorang. Kalau banyak ilmu tapi tiada adab, orang ini masih jahil.
63- Mengapa orang kafir tertarik untuk memeluk agama Islam?
 Imam Sya'rawi pernah tanya apa yang menyebabkan seorang mualaf ini masuk Islam. 
 Dia kata bahawa dia masuk Islam kerana melihat kepada sejarah hidup Nabi. Nabi ditawarkan perempuan, harta, pangkat di Mekah, tetapi Nabi menolaknya. Sekiranya Nabi Muhammad ini seorang yang pendusta atau bawa agama Islam semata-mata kerana perempuan, harta, pangkat, sudah tentu Nabi Muhammad ini terima tawaran itu.
 
 Sekiranya Nabi itu berdusta dan hanya membawa agama dongengan, sudah tentu Nabi ini tidur malam lebih nyenyak daripada orang lain dan menyuruh orang lain menjaga rumahnya. Tapi ini tidak benar kerana Nabi selalu bersembahyang tahajud sehinggakan bengkak kaki dan melarang Sahabat-Sahabatnya daripada menjaga rumahnya.
64- God will make a way, where there seems to be no way
65- Dari pengalaman sendiri, kalau kita sentiasa bertakwa, semua kerja kita jadi sangat mudah. Tetapi kalau tak bertakwa, hampir semua kerja yang mudah dilakukan orang lain, kita akan rasa payah, susah tak terkata, asyik gagal, fikiran asyik tak tenang.
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menjadikannya jalan keluar, dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka" (At-Talaq:2-3)
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menjadikan kerjanya mudah"(At-Talaq:4)
 
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menghapuskan dosanya dan membesarkan balasan kebaikan kepadanya" (At-Talaq:5)
66- Menuntut ilmu itu taqwa
 Menyampaikan ilmu itu ibadah
 Mengulang-ngulang ilmu itu zikir
 Mencari ilmu itu jihad - Imam Ghazali 
 
 p/s rajin2lah mengulang kaji
67- Cara hidup Barat serta pegangan hidup mereka ibarat sebuah kapal yang sedang karam, dan umat Islam kini sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya
68- Dalam Al-Quran ditunjukkan 2 jenis cara berfikir, pemikiran orang Islam dan pemikiran orang Kafir
 1-Evidentand-Opinion based thinking: Iaitu pemikiran yang berteraskan kepada bukti, dalil dan pendapat yang paling jitu. Inilah pemikiran orang Islam, bahkan Allah memuji orang begini dan menyuruh orang berfikir seperti ini. Dalil sila tengok a) dan b)
 
 2- Peer-and-culture based thinking : Iaitu pemikiran yang hanya berteraskan kepada ikut-ikutan kepada adat dan kawan. Inilah pemikiran yang digunapakai oleh orang kafir Musyrik. Pemikiran begini amat tercela di dalam Al-Quran, bahkan orang yang berterusan berfikiran begini dianggap orang yang lalai. Dalil sila tengok c) dan d)
 
69- 
Antara ayat yang banyak disalahertikan oleh sesetengah orang ialah
 
 ومما رزقناهم ينفقون
 "dan (antara ciri-ciri orang bertakwa itu ialah) mereka menginfakkan sebahagian daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka" (Al-Baqarah:3)
 
 Menginfakkan rezeki disini tidak terhad setakat harta, ia merangkumi segala benda yang bermanfaat kepada masyarakat seperti harta, ilmu, tenaga dan lain-lain lagi

70- Tanda kerja itu ikhlas
1- Betul-betul buat kerja itu, bukan angan-angan tapi tak buat
2- Kerja itu istiqamah


71- There are 2 types of pain
1- Pain that hurts you
2- Pain that changes you

72 - If someone really cares about you, they will make an effort not an excuse
73- The world would not be destroyed by those who make devil, but by those who watch them without doing anything.