Friday 11 April 2014

Zaidiyyah

Syiah Zaidi ini amat tersebar luas di Yaman, terutama di kawasan San'aa. Dinisbahkan kepada Zaid bin Ali bin Hasan bin Ali bin Abi Talib, cucu kepada Hasan bin Ali. Dikatakan mereka ini paling dekat dengan Ahli Sunnah.

  3 Imam pertama bagi Zaidiyah ialah Ali bin Abi Talib, Hasan, Husain. Mereka percaya mereka bertiga ini adalah termasuk dalam Al-Kisa' (sesetengah Ahli Sunnah mendhoifkan hadis Al-Kisa' ini, sekalipun terdapat dalam Sohih Muslim).   Imam-imam selepas mereka ialah Zaid dan anaknya Yahya.
Zaidiyah percaya bahawa untuk menjadi salah seorang imam mestilah mempunyai 2 sifat, 1- Alim 2- Menyeru orang menentang kezaliman.

Mereka percaya salah seorang daripada keturunan Hasan atau Husain berhak menjadi Imam, mereka tidak seperti Rafidah yang mempercayai bahawa keimaman itu diwarisi daripada ayah kepada anak.  

Zaidi ialah cabang tertua dari Syiah dan yang terbesar ketika Dinasti Safawi. Dan pada waktu sekarang mereka ialah kedua terbesar.
Mereka tidak mempercayai kemaksuman Imam-imam selepas Husain.
Imam Jaafar, Zaid bin Ali, Abu Hanifa dan Malik beserta dengan 70 ulama lain bersama-sama bekerjasama mengajar di Masjidin Nabawi. Zaid dan Jaafar tidak menulis apa-apa buku, oleh sebab itu Zaidiyah kini yang berasal dari Fatimi, menggunakan mazhab Hanafi sepertimana Sunni. Ajaran Zaid dibukukan dalam kitab Majmu'ul Fiqh.

  Dari segi Akidah pula, Zaidiyah amat dekat dengan Muktazilah. Cuma mereka ada sedikit perbezaan, iaitu mereka mempercayai Keimaman berbeza dengan Muktazilah. Mereka mengakui rukun Syahadah  sepertimana Sunni  اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد رسول الله

Mereka juga mengakui bahawa orang yang melakukan dosa besar tanpa bertaubat, mereka tidak diiktibarkan sebagai Muslim mahupun kafir, mereka berada di tengah-tengah antara Muslim dan Kafir.

Dari segi kepimpinan pula, mereka mengaku orang yang layak menjadi pemimpin ialah dari keturunan Fatimah. Zaidiyah mengaku Zaid bin Ali berhak kepada Imamah kerana dia yang memimpin pemberontakan terhadap Bani Umayyah, yang mereka percaya sebagai zalim dan korup.
Muhammad Al-Baqir tidak mencebur diri dalam bidang politik, oleh sebab itu martabatnya lebih rendah daripada Zaid bin Ali dalam kepercayaan mereka.
Zaidiyah tidak mempercayai keghaiban Imam-imam sepertimana yang dipercayai oleh Rafidah. Zaidiyah mempercayai imam-imam yang zahir.

  Imam Hanafi memberi fatwa membenarkan pemberontakan Zaid bin Ali terhadap Bani Umayyah. Dia juga menyuruh orang ramai supaya membantunya secara rahsia dan memberi bantuan pada Zaid.

Mazhab-mazhab dalam Zaidiyah.

Terdapat perbezaan dalam kalangan Zaidiyah sendiri terhadap kedudukan khalifah sahabat-sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar dan Utsman. Antara mereka yang berkhilaf dalam masalah ini ialah Abu Jarud Ziyad bin Abi Ziyad, Sulaiman bin Jarir, Kathir An-Nawa dan Hasan bin Salih.  

1. Jarudiyyah - mereka ditentang kerana menerima sebahagian sahabat. Mereka menerima bahawa terdapat kenyataan Nabi yang terlalu banyak yang menyokong kekhalifahan Ali sebagai khalifah yang benar selepas kewafatan baginda. Mereka menganggap sahabat-sahabat Nabi telah salah kerana gagal memastikan khalifah yang sebenarnya selepas Nabi dan mereka menafikan kesahan khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman. Walaupun demikian, mereka mengelak daripada mencela mereka. Jarudiyya mencela 2 sahabat Nabi, Talhah dan Zubair kerana pemberontakan terhadap Ali. Jarudiyya amat aktif pada akhir khalifah Umayyah dan permulaan Abbasiyah.  
Jarudiyya ini walaupun amat dominan dalam kalangan Zaidiyah yang kemudian, terutama di Yaman di bawah mazhab kecil Hadawiyah, pandangan ini menjadi pupus di Iraq dan Iran kerana pertukaran kepada Itsna Asyariyyah oleh Dinasti Safawi.

  2. Sulaimaniyyah - memegang bahwa Imamah mesti ditentukan oleh perundingan. Mereka merasakan sahabat  termasuk Abu Bakar dan Umar bersalah kerana gagal mengikut Ali tetapi tidak dikira berdosa  

3. Tabariyyah, Batriyyah dan Salihiyyah ( Kathir An-Nawa, Hasan bin Salih) mereka hampir sama dengan Sulaimaniyyah. Hanya ditambah Utsman dalam golongan orang yang bersalah

No comments:

Post a Comment