Wednesday, 2 August 2017

مقالة حذيفة بن اليمان عن المنافقين

خدمة العلامتين الدعوية:
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال:
إن المنافقين اليوم شر منهم على عهد النبي ﷺ، كانوا يومئذ يسرون واليوم يجهرون.

صحيح البخاري 7113

وصية المغيرة بن حكيم

خدمة العلامتين الدعوية:
قال عبد العزيز بن أبي رواد:
دخلت على المغيرة بن حكيم في مرضه الذي مات فيه، فقلت: أوصني؟
فقال: اعمل لهذا المضجع.

موسوعة ابن أبي الدنيا 369/5

لم سمي السفر سفرا؟

خدمة العلامتين الدعوية:
قال بعض العلماء: إنما سمي السفر سفرا لأنه يسفر عن أخلاق الرجال.

قال ابن عثيمين رحمه الله:
أي : يوضحها ويبينها.

الشرح الممتع ٤٩٠/٤

آثار سيئة من تكلم فيما لا يعنيه


قال مالك بن دينار رحمه الله:
إذا رأيت:
■ قساوة في قلبك
■ ووهنًا في بدنك
■ وحرمانا في رزقك
☜ فاعلم أنك تكلمت فيما لا يعنيك.

فيض القدير ٣٦٩/١

لا تصحب إلا.....

خدمة العلامتين الدعوية:
قال ابن مسعود رضي الله عنه:
لا تصحب إلا من أعانك على ذكر الله.

الزهد لأبي داود 1-126

Wednesday, 19 July 2017

SETIAP NIKMAT YANG TIDAK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH ADALAH ISTIDRAJ

SETIAP NIKMAT YANG TIDAK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH ADALAH ISTIDRAJ

stidraj ialah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu bukan kerana Allah redha kepadanya, tetapi supaya Allah lebih murka. 
Seperti Firaun diberi kekayaan melimpah. Bukanlah Allah bagi kekayaan itu untuk dia semakin bersyukur, tapi Allah bagi kekayaan itu supaya dia jadi lagi kufur kepada Allah, supaya Allah bagi azab lagi pedih ke atasnya.

Setiap nikmat yang tidak dapat mendekatkan diri kepada Allah itu adalah istidraj.
Mula-mula istidraj itu ialah seseorang dijauhkan daripada berbuat amal kebaikan, dan akhir istidraj ialah seseorang itu bersibuk-sibuk dengan perkara buruk.

IMAN MENENTUKAN KADAR TAUFIK KEPADA AMAL SOLEH

IMAN MENENTUKAN KADAR TAUFIK KEPADA AMAL SOLEH

Seseorang itu diberi taufiq untuk melakukan amal soleh sesuai dengan kadar keimanannya.

Iman para ulama itu terlalu tinggi lalu Allah memberi taufiq kepada mereka untuk menulis berjilid-jilid kitab, tengok sajalah  Ibnul Jauzi telah menulis sebanyak 2000 jilid kitab sepanjang hidupnya!

Firman Allah Taala:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya"(Surah Yunus ayat 9)

MENTADABBUR AL-QURAN SEBAB KEPADA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DOSA

MENTADABBUR AL-QURAN SEBAB KEPADA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DOSA

Berkata Sheikhul Islam Ibmu Taimiyyah:
Seorang insan apabila membaca Al-Quran dan mentadabburnya, perbuatan demikianlah menjadi sebab yang paling kuat untuk menahan dirinya daripada melakukan dosa atau sebagiannya. (Majmu' Fatawa 20/123)

MENGAPA SESEORANG ITU MENINGGALKAN SOLAT?

MENGAPA SESEORANG ITU MENINGGALKAN SOLAT?

Seseorang itu tidak mungkin meninggalkan solat melainkan kerana dirinya sudah tenggelam dalam nafsu syahwat.

Jika kita lihat diri sendiri itu bermalas-malas untuk solat(wajib atau sunat), cubalah periksa dahulu keadaan nafsu syahwat diri, kerana Allah sudah kaitkan antara solat dan nafsu dalam firmannya:

" Maka datanglah sesudah mereka, pengganti(yang jelek) yang menyia-nyiakan salat danmemperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akanmenemui kesesatan."(Surah Maryam ayat 59)

Duduk Istirahah Ketika Naik Daripada Sujud Tilawah?

Duduk Istirahah Ketika Naik Daripada Sujud Tilawah?

Soalan: Adakah disunatkan untuk duduk istirahah dahulu sebelum naik daripada sujud tilawah dalam solat?

Jawapan: Tidak disyariatkan duduk istirahah ketika naik daripada sujud tilawah dalam solat. Duduk istirahah ini hanyalah disyariatkan ketika naik dalam sujud-sujud biasa selain daripada sujud tilawah.

TANDA ALLAH BERPALING DARIPADA HAMBANYA

TANDA ALLAH BERPALING DARIPADA HAMBANYA

Berkata Al-Hasan Al-Basri
" Antara tanda-tanda Allah berpaling daripada hamba-Nya,
Allah menjadikannya bersibuk-sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah,
sebagai satu penghinaan daripada Allah terhadapnya".

(Jami' Ulum wal Hikam: 1/116)

MENINGGALKAN SURUHAN ALLAH SEBAB BERLAKUNYA PERMUSUHAN

Meninggalkan sebahagian kecil daripada kewajipan sebab kepada timbulnya permusuhan dan kebencian.
Siapa yang mahukan kebahagiaan dalam rumah tangga, maka janganlah dia meretakkan hubungannya dengan Allah.
Orang-orang Nasrani meninggalkan sebahagian daripada ajaran mereka, lalu Allah campakkan permusuhan antara mereka sendiri.

Firman Allah:
"Tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami TIMBULKAN di antara mereka PERMUSUHAN dan KEBENCIAN sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan."(Surah Al-Maidah ayat 14)

ADAKAH BUAT DOSA MALAM LAILATULQADAR DIGANDAKAN DOSA TU SERIBU BULAN?


Soalan: Sy nk tanya,adakay benar jika seseorang itu melakukan dosa pada malam Lailatulqadar,maka dosanya akan dilipat kali gandakan?

Jawapan:
Tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa dosa itu berlipat kali ganda, yang adanya hanyalah pahala itu yang akan digandakan dan bukan dosa.

Tapi perlu diketahui, dosa itu boleh berbilang-bilang tapi tidak boleh berganda-ganda. Contohnya jika seseorang itu mencuri pada tempat yang dihormati syarak, contohnya di Mekah. Maka dalam hal ini dia mendapat 2 dosa, iaitu
1- Mencuri
2- Tidak menghormati Mekah

Tapi dosa mencuri itu tidak berganda, dosa mencuri dikira satu dosa, manakala tidak menghormati Mekah itu pula satu dosa lain pula.

Begitu juga jika seseorang itu mencuri di tempat yang dihormati syarak(Mekah), dan pada masa yang berkat(contohnya bulan-bulan haram, atau bulan Ramadan), maka pada ketika ini dia mendapat 3 dosa.
1- Mencuri
2- Tidak menghormati Mekah
3- Tidak menghormati bulan haram, atau bulan Ramadan.

Jadi wajib ke atas setiap orang apabila membuat tiap-tiap dosa di atas, supaya bertaubat setiap satu dosa satu taubat. Tidak cukup bertaubat daripada mencuri sahaja tanpa ada taubat tidak menghormati tempat-tempat dan masa-masa terhormat. Wajib setiap dosa satu taubat.

Wallahua'lam.

Tempoh Khatam Al-Quran


Membaca Al-Quran adalah tanda hati seseorang itu bersih
Berkata Uthman bin Affan: Jika bersih hatimu, hatimu tidak akan kenyang dengan kata-kata Tuhanmu.)Fadhail Utman bin Affan m/s 115-116)

Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran 10 hasanah. Setiap muka surat Al-Quran tidak kurang daripada 300 huruf, maka setiap muka surat yang dibaca akan berhasil 3000 hasanah!

Al-Quran itu mempunyai barakah. Penulis selalu melihat orang yang selalu beriltizam membaca Al-Quran setiap hari akan mendapati hidupnya itu penuh dengan barakah, hilang perasaan gundah gelana, hidupnya teratur tiada aral melintang dan masa depan cerah.

Manakala orang yang tidak membaca Al-Quran, hidupnya penuh kesedihan, bala bertimpa-timpa, hati serabut , dada terasa sempit. Allah menjanjikan siapa yang beramal soleh, akan hidup bahagia dunia dan akhirat.

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya KEHIDUPAN YANG BAIK, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”(Surah An-Nahl ayat 97)

TEMPOH KHATAM AL-QURAN
1- Tiada dalam Al-Quran dan Hadis yang menunjukkan wajibnya seseorang itu khatam Al-Quran dalam masa-masa tertentu. Tetapi disunatkan untuk khatam Al-Quran paling kurang sekali sebulan, dan paling banyak pun seminggu sekali.

Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, sabda Nabi: “Bacalah (khatamkanlah) Al Quran dalam sebulan.” ‘Abdullah bin ‘Amr lalu berkata, “Aku mampu menambah lebih dari itu.” Beliau pun bersabda, “Bacalah (khatamkanlah) Al Qur’an dalam tujuh hari, jangan lebih daripada itu.” (HR. Bukhari No. 5054).

2- Dimakruhkan seseorang itu mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 3 hari sekali. Ini adalah berdasarkan hadis:
Dari Abdullah bin Amru, beliau mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan dapat memahami/menghayati Al-Qur’an, orang yang membacanya kurang dari tiga hari.” (HR. Abu Daud)

Larangan mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 3 hari ini adalah jika dilakukan terus menerus, tetapi jika ada waktu-waktu fadhilat(seperti  bulan Ramadan, atau 10 hari pertama Zulhijjah), diutamakan untuk memperbanyak membaca Al-Quran untuk mendapat fadhilat-fadhilat pada waktu tersebut.

Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata:
“Bahwasanya larangan mengkhatamkan Al-Quran kurang dari tiga hari itu adalah apabila dilakukan secara terus menerus. Adapun pada waktu-waktu yang terdapat keutamaan padanya seperti bulan Ramadhan terutama pada malam-malam yang dicari/diburu padanya lailatul qadr atau pada tempat-tempat yang memiliki keutamaan seperti Makkah bagi siapa saja yang memasukinya selain penduduk negeri itu, maka disukainya untuk memperbanyak membaca Al-Qur’an, dalam rangka memanfaatkan (keutamaan) waktu dan tempat tersebut. Ini adalah pendapat Ahmad, Ishaq, dan selainnya dari kalangan ulama”.(Latha’iful Ma’arif m/s 171).

3- Dimakruhkan TIDAK mengkhatamkan Al-Quran dalam masa kurang 40 hari. Sekiranya lebih 40 hari tidak lagi khatam Al-Quran, ditakuti termasuk daripada kalangan orang-orang yang meninggalkan Al-Quran.
Ibnu Qudamah berkata:

يكره أن يؤخر ختمة القرآن أكثر من أربعين يوما...وقال أحمد : أكثر ما سمعت أن يختم القرآن في أربعين . ولأن تأخيره أكثر من ذلك يفضي إلى نسيان القرآن والتهاون به ، فكان ما ذكرنا أولى ، وهذا إذا لم يكن له عذر ، فأما مع العذر فواسع له " انتهى من " المغني " (1/459)

“Dimakruhkan seseorang melewatkan khatam Al-Quran lebih daripada 40 hari… Ahmad mengatakan bahwa waktu maksimum seorang mengkhatamkan Al Qur’an adalah empat puluh hari, karena mengkhatamkannya melebihi dari waktu itu (40 hari) dapat mengakibatkan dirinya melupakan Al Qur’an dan dianggap telah meremehkan Al Qur’an, dan apabila hal itu terjadi jika seseorang itu tidak mempunyai keuzuran, dan jika dia mempunyai keuzuran tidak mengapa.” (Al-Mughni juz 1 hal 459)

4- Mungkin kita terasa pelik, bagaimana pula para Salaf boleh mengkhatamkan Al-Quran beberapa kali dalam masa sehari?

Al-Bukhari mengkhatamkan Al Qur’an pada siang bulan Ramadhan setiap harinya dan setelah melakukan solat tarawih beliau mengkhatamkannya setiap 3 malam sekali.

Al-Qasim bin ‘Ali berkata menceritakan ayahnya Ibnu ‘Asakir (pengarang kitab Tarikh Dimasyqi): Beliau adalah seorang yang sangat rajin melakukan solat berjama’ah dan rajin membaca Al-Qur’an, beliau mengkhatamkannya setiap Jumaat, dan mengkhatamkannya setiap hari pada bulan Ramadhan serta beri’tikaf di menara timur.

Abu Bakar bin Ayyash mengkhatamkan Al-Quran setiap hari selama 30 tahun! Pada akhir umurnya dia berkata kepada anaknya: Wahai anakku jangan bersedih, adakah kamu takut Allah akan menyeksa aku, sedangkan aku telah mengkhatamkan Al-Quran dalam bilik ini 24 ribu kali!!

24 ribu kali jika dibahagikan 365 hari, ini bermaksud Abu Bakar bin Ayyash telah mengkhatamkan Al-Quran terus-menerus setiap hari selama 65.8 tahun!

Bagaimanakah mereka dapat melakukan perkara besar dalam waktu yang singkat?
Berkata Al-Hafiz ketika mensyarahkan hadis:

 "Dimudahkan untuk Nabi Daud untuk membaca, dia pernah menyuruh orang untuk memasangkan pelana pada tunggangannya, dan dia mengkhatamkan membaca Al-Quran(Zabur) terlebih dahulu sebelum pelananya selesai dipasangkan untuk tunggangannya”(Al-Bukhari:4344)

Berkata Al-Hafiz:”Pada hadis ini menunjukkan barakah itu boleh turun pada waktu yang singkat, sehingga seseorang itu boleh melakukan banyak pekerjaan dalam waktu yang singkat. Berkata An-Nawawi: Paling banyak yang kami pernah mendengar orang yang membaca Al-Quran 4 kali khatam pada waktu malam, dan 4 kali khatam pada waktu siang” (Fathul Bari jilid 6 muka surat 455)

Apa hukumnya mengkhatamkan Al-Quran kurang daripada 3 hari? Bagaimana pula dengan hadis melarang seseorang mengkhatamkan Al-Quran kurang daripada 3 hari?

Jawapannya: Tidak boleh difahami dalam hadis di atas bahawa mengkhatamkan Al-Quran kurang daripada 3 hari itu dilarang, kerana orang yang membaca kurang daripada 3 hari ternafi padanya  kefahaman bukannya ternafi padanya pahala membaca Al-Quran.  Jika orang yang mengkhatamkan Al-Quran kurang daripada 3 hari itu  faham Al-Quran, dan dia mampu untuk melaksanakan kewajipan-kewajipannya (seperti mentarbiah, memberi nafkah kepada anak, solat 5 waktu dan lain-lain) tidak terlarang kepadanya lagi.

5- Sesetengah orang berkata
“Apa guna baca Quran banyak-banyak tapi tak faham. Faham lagi baik daripada baca banyak  dengan tak faham!”

Perlu diketahui seseorang itu dianjurkan untuk khatam Al-Quran paling kurang sebulan sekali. Masa yang diperuntukkan untuk membaca Al-Quran itu perlu ada dalam jadual kehidupan seharian seorang Islam.

Masa untuk faham Al-Quran,tadabbur, baca tafsir atau terjemahan pula hendaklah diperuntukkan untuk masa-masa lain selain waktu membaca Al-Quran.

Ramai orang guna helah di atas untuk mengelakkan diri daripada membaca Al-Quran, lantas mereka terpedaya dengan syaitan lalu mereka meninggalkan Al-Quran seluruhnya.

Wallahua’lam

Thursday, 3 July 2014

Tanyakan diri sendiri

Pelik juga kalau kita fikirkan, kapal terbang itu diperbuat daripada keluli, aluminium, plastik yang semuanya bersifat tidak boleh terbang sekalipun kita letakkan semuanya pada satu tempat.
Tetapi apabila semua bahan-bahan itu diinstal pada tempatnya, akhirnya beribu tan keluli itu mempunyai abiliti untuk terbang. Komponen asas bagi manusia pula ialah atom yang bersifat inanimate(tidak hidup), akhirnya apabila atom-atom ini digabungkan kena pada tempatnya, atom-atom yang tidak hidup itu menjadi hidup.

 Aku pelik apabila difikirkan, boleh pula Materialis itu mengatakan alam ini tercipta dengan kemungkinan. Sedangkan untuk merubah satu-satu sifat sesuatu itu begitu kompleks, apatah lagi seluruh alam ini?!!! 

"Certainly, We created man in the best make"(At-Tiin:4)

Kalau Tuhan mencipta kita, siapa pula cipta Tuhan?

Biasanya orang Atheist akan berkata
"Kalau Tuhan yang menciptakan manusia, siapa pula yang mencipta Tuhan?" 

Orang bodoh akan berkata "yang mencipta Tuhan A ialah Tuhan B"
Jawab Atheist pula "siapa pula yang cipta Tuhan B?"
Jawabnya pula "Tuhan C"

 Begitulah seterusnya D E F G H ....... Sampai tiada kesudahan.
Nonsense, kalam permainan yang tiada garisan penamat, soalan bodoh yang tidak berpenghujung, tasalsul gila waswasan syaitan. Percakapan bodoh yang bukan untuk mencari jawapan.

 Sepatutnya soalan yang paling tepat ialah "apa benda yang ada sebelum benda lain tiada?" Kerana kalau tiada benda sebelum benda lain tiada, itu mewajibkan tiada seluruh alam.
Dan benda yang ada sebelum benda lain tiada itu mesti sekali berbeza dengan benda yang akan ada (makhluk), benda itu mestilah tiada permulaan, kerana yang ada permulaan mestilah ada tumbesaran, dan sesuatu yang ada tumbesaran itu bersifat lemah.

 Logikkah kalau kita masuk dalam sebuah rumah, yang lengkap dengan peralatan, perabot, tersusun rapi, berbau wangi dan berwarna-warni, kemudian kita katakan rumah ini terjadi dengan sendirinya?

 Meh aku naqal kalam saintis zaman kini

"Within two years, Lemaître heard the news he had scarcely dared hope for. Hubble had observed that the light from galaxies was red shifted, and, according to Doppler effect, this had to mean the universe was expanding. Now it was only a matter of time. Einstein was interested in Hubble's work anyway and resolved to visit him at the Mount Wilson Observatory. Lemaître arranged to give a lecture at the California Institute of Technology at the same time, and managed to corner Einstein and Hubble together. He argued his "primeval atom" theory carefully, step by step, suggesting that the whole universe had been created "on a day which had NO YESTERDAY." Painstakingly he worked through all the mathematics. When he had finished he could not believe his ears. Einstein stood up and announced that what he had just heard was "the most beautiful and satisfying interpretation I have listened to" and went on to confess that creating the "cosmological constant" was "the biggest blunder" of his life."(Stephen Hawking's Universe: The Cosmos Explained, m/s 85-86) "And they say "There is nothing but our life in this world; we live and die and nothing destroys us but time, and they have no knowledge of that; they only conjecture"(Al-Jatsiyah:24)

Friday, 25 April 2014

Relativiti masa

Relativiti masa telah dibuktikan sebagai salah satu fakta saintifik.
Seorang saintis Albert Eisntein yang hidup pada kurun ke-20 telah membuktikan bahawa masa itu berkait rapat dengan jisim dan kelajuan.
Dalam sejarah belum pernah sesiapapun yang membuktikan kerelativiti masa secara tepat. Dalam ayat-ayat Quran, diceritakan bahawa masa itu dicerap berbeza pada setiap orang.

"Allah bertanya :"Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab"Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyalah kepada orang yang menghitung" Allah berfirman "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja"(Al-Mukminun:112-114)

  "Dia mengatur urusan dari langit dan bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya(lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu"(As-Sajdah:5)  

"Malaikat-malaikat dan Jibril(menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun"(Al-Maarij:4)

Friday, 18 April 2014

Fundamental forces

  Alam ini terbentuk daripada 4 daya asasi. Keempat-empat daya asasi ini terbentuk selepas daripada kejadian BigBang. Keempat-empat daya inilah yang membentuk segala aturan yang ada dalam alam ini.

Atom juga kerana interaksi daripada keempat-empat daya ini mampu untuk mengekalkan kewujudan mereka. Keempat-empat daya ini mempunyai intensiti daya yang berbeza.

  Daya-daya ini ialah (segala intensiti ditentukan standard unit)
1. Strong nuclear force = 15
2. Weak nuclear force = 7.03 x 10^-4
3. Electromagnetic force = 3.05 x 10^-12
4. Gravitational force = 5.90 x 10^-39  

Keempat-empat daya ini juga mempunyai medan impak yang berbeza. Contohnya, strong dan weak nuclear force beroperasi pada partikel-partikel dalam atom. Manakala Electromagnetic dan gravitational menguruskan pada penghimpunan atom-atom, atau dalam bahasa lain 'jirim'.  

A) Strong nuclear force = daya yang memegang partikel-partikel dalam nucleus, yang menyebabkan atom itu utuh tidak bercerai berai. Daya ini yang memegang proton dan neutron sekali dalam nucleus. Partikel yang mempunyai daya ini dipanggil "gluon" yang bermakna "gam" dalam bahasa Latin.  

Intensiti daya ini telah ditentukan supaya proton dan neutron dijarakkan pada satu jarak yang tetap. Jika daya ini kuat sedikit sahaja daripada asalnya, neutron dan proton akan bertembung. Jika lemah sedikit sahaja pula neutron dan proton akan bercerai.

Daya ini telah terzahir kekuatannya ketika pelepasanya di Hiroshima dan Nagasaki.  

B) Weak Nuclear Force Faktor yang paling penting dalam mengekalkan keseimbangan alam ini ialah keseimbangan dalam atom. Daya ini yang memainkan peranan penting dalam menjaga keseimbangan dalam nucleus atom yang mempunyai banyak bilangan neutron dan proton.  

Jika keseimbangan dalam nucleus telah tercapai, neutron jika diperlukan boleh ditukar kepada proton dan lantas, bertukar kepada atom yang lain.

Dengan itu, atom tidak perlu mengdisintegrasi untuk bertukar kepada atom lain dan meneruskan kewujudan atom itu.  

Daya ini penting supaya atom itu tidak mudah terbebas partikelnya dan memberi mudarat kepada manusia.  

C) Electro-magnetic Force. Setiap partikel mempunyai cas elektrik masing-masing, bergantung kepada struktur atom. Daya ini terdapat pada tengah-tengah antara cas-cas elektrik ini. Daya ini yang menyebabkan partikel yang mempunyai cas yang sama saling menolak, dan cas yang berbeza saling menarik.  

Sedikit perubahan pada intensiti tenaga ini akan menyebabkan electron lari daripada nukleus atau jatuh pada nucleus.

  D) Gravitational Force Daya ini sebenarnya dinamakan " mass atrraction force" sekalipun intensitinya paling sedikit, tetapi dengan jisim yang besar ia akan menarik satu sama lain. Daya inilah yang menyebabkan galaxy, bintang, planet berada dalam orbit masing-masing.  

Jika daya ini lebih kuat sedikit daripada asalnya, bumi akan tertarik pada matahari, ataupun kita semua akan tertarik ke teras bumi.

  Jika daya ini kurang sedikit daripada nilai asalnya, bumi akan tergelincir dari orbitnya, ataupun kita akan tersebar ke ruang angkasa

Friday, 11 April 2014

Lebah

"Dan Tuhan-mu memberi ilham kepada lebah : "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68), kemudian makanlah dari jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu (69)" (An-Nahl:68-69)  

Dalam kalangan koloni lebah, ada tiga jenis lebah
1- Lebah permaisuri
2- Lebah betina
3- Lebah lelaki

  Kalau saya buat satu teka-teki, siapakah di antara lebah-lebah ini yang melakukan tugas-tugas seperti membina sarang, menjaga sarang, menjaga telur, dan mengutip madu? Permaisuri?
Lebah lelaki?
Lebah betina?

  Jawapannya ialah lebah betina!
Permaisuri kerjanya ialah melahirkan lebah-lebah.
Lebah lelaki itu tiada mempunyai kerja melainkan menginseminasikan lebah permaisuri.  
Lebah betina inilah yang membuat segala kerja-kerja, sama ada membina sarang, menjaga sarang, menjaga telur dan mengutip madu dan menyerang musuh. Walaupun mereka ini mempunyai ovari, tetapi ovari mereka ini tidak mempunyai kesuburan.

  Dalam ayat Quran di atas, Fiil amar (فعل الامر)  yang ditujukan kepada lebah itu ditujukan kepada wanita

Zaidiyyah

Syiah Zaidi ini amat tersebar luas di Yaman, terutama di kawasan San'aa. Dinisbahkan kepada Zaid bin Ali bin Hasan bin Ali bin Abi Talib, cucu kepada Hasan bin Ali. Dikatakan mereka ini paling dekat dengan Ahli Sunnah.

  3 Imam pertama bagi Zaidiyah ialah Ali bin Abi Talib, Hasan, Husain. Mereka percaya mereka bertiga ini adalah termasuk dalam Al-Kisa' (sesetengah Ahli Sunnah mendhoifkan hadis Al-Kisa' ini, sekalipun terdapat dalam Sohih Muslim).   Imam-imam selepas mereka ialah Zaid dan anaknya Yahya.
Zaidiyah percaya bahawa untuk menjadi salah seorang imam mestilah mempunyai 2 sifat, 1- Alim 2- Menyeru orang menentang kezaliman.

Mereka percaya salah seorang daripada keturunan Hasan atau Husain berhak menjadi Imam, mereka tidak seperti Rafidah yang mempercayai bahawa keimaman itu diwarisi daripada ayah kepada anak.  

Zaidi ialah cabang tertua dari Syiah dan yang terbesar ketika Dinasti Safawi. Dan pada waktu sekarang mereka ialah kedua terbesar.
Mereka tidak mempercayai kemaksuman Imam-imam selepas Husain.
Imam Jaafar, Zaid bin Ali, Abu Hanifa dan Malik beserta dengan 70 ulama lain bersama-sama bekerjasama mengajar di Masjidin Nabawi. Zaid dan Jaafar tidak menulis apa-apa buku, oleh sebab itu Zaidiyah kini yang berasal dari Fatimi, menggunakan mazhab Hanafi sepertimana Sunni. Ajaran Zaid dibukukan dalam kitab Majmu'ul Fiqh.

  Dari segi Akidah pula, Zaidiyah amat dekat dengan Muktazilah. Cuma mereka ada sedikit perbezaan, iaitu mereka mempercayai Keimaman berbeza dengan Muktazilah. Mereka mengakui rukun Syahadah  sepertimana Sunni  اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمد رسول الله

Mereka juga mengakui bahawa orang yang melakukan dosa besar tanpa bertaubat, mereka tidak diiktibarkan sebagai Muslim mahupun kafir, mereka berada di tengah-tengah antara Muslim dan Kafir.

Dari segi kepimpinan pula, mereka mengaku orang yang layak menjadi pemimpin ialah dari keturunan Fatimah. Zaidiyah mengaku Zaid bin Ali berhak kepada Imamah kerana dia yang memimpin pemberontakan terhadap Bani Umayyah, yang mereka percaya sebagai zalim dan korup.
Muhammad Al-Baqir tidak mencebur diri dalam bidang politik, oleh sebab itu martabatnya lebih rendah daripada Zaid bin Ali dalam kepercayaan mereka.
Zaidiyah tidak mempercayai keghaiban Imam-imam sepertimana yang dipercayai oleh Rafidah. Zaidiyah mempercayai imam-imam yang zahir.

  Imam Hanafi memberi fatwa membenarkan pemberontakan Zaid bin Ali terhadap Bani Umayyah. Dia juga menyuruh orang ramai supaya membantunya secara rahsia dan memberi bantuan pada Zaid.

Mazhab-mazhab dalam Zaidiyah.

Terdapat perbezaan dalam kalangan Zaidiyah sendiri terhadap kedudukan khalifah sahabat-sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar dan Utsman. Antara mereka yang berkhilaf dalam masalah ini ialah Abu Jarud Ziyad bin Abi Ziyad, Sulaiman bin Jarir, Kathir An-Nawa dan Hasan bin Salih.  

1. Jarudiyyah - mereka ditentang kerana menerima sebahagian sahabat. Mereka menerima bahawa terdapat kenyataan Nabi yang terlalu banyak yang menyokong kekhalifahan Ali sebagai khalifah yang benar selepas kewafatan baginda. Mereka menganggap sahabat-sahabat Nabi telah salah kerana gagal memastikan khalifah yang sebenarnya selepas Nabi dan mereka menafikan kesahan khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman. Walaupun demikian, mereka mengelak daripada mencela mereka. Jarudiyya mencela 2 sahabat Nabi, Talhah dan Zubair kerana pemberontakan terhadap Ali. Jarudiyya amat aktif pada akhir khalifah Umayyah dan permulaan Abbasiyah.  
Jarudiyya ini walaupun amat dominan dalam kalangan Zaidiyah yang kemudian, terutama di Yaman di bawah mazhab kecil Hadawiyah, pandangan ini menjadi pupus di Iraq dan Iran kerana pertukaran kepada Itsna Asyariyyah oleh Dinasti Safawi.

  2. Sulaimaniyyah - memegang bahwa Imamah mesti ditentukan oleh perundingan. Mereka merasakan sahabat  termasuk Abu Bakar dan Umar bersalah kerana gagal mengikut Ali tetapi tidak dikira berdosa  

3. Tabariyyah, Batriyyah dan Salihiyyah ( Kathir An-Nawa, Hasan bin Salih) mereka hampir sama dengan Sulaimaniyyah. Hanya ditambah Utsman dalam golongan orang yang bersalah